Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Panduan»Zikir Harian: Menenangkan Jiwa Yang Resah
    Panduan

    Zikir Harian: Menenangkan Jiwa Yang Resah

    KlinikMindaBy KlinikMinda04/12/2020Updated:12/02/20213 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Zikir harian adalah antara rawatan atau terapi buat jiwa manusia yang berada dalam keresahan. Pendekatan Islam dalam aspek kesihatan mental mementingkan dua aspek utama iaitu kesihatan roh dan jasad.

    Terapi jiwa adalah terapi roh. Roh yang sihat akan membawa kepada jiwa yang sihat. Jika seseorang itu mengalami keresahan dan hati yang tidak tenteram maka langkah perawatan yang tepat ialah merawat roh.

    Walaupun sebelum ini ahli psikologi barat tidak menerima pendekatan spiritual dalam perawatan kesihatan mental, namun kini ramai yang sudah mula menerima pendekatan ini.

    Salah satu cara merawat roh atau jiwa ialah dengan berzikir.

    Zikir harian ini adalah amalan yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali Rahimahullahu Taala. Amalan zikir adalah amalan untuk mendidik hati agar sentiasa mengingati Allah swt iaitu kembali kepada fitrah kejadian manusia.

    Amalan zikir mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di antara amalan-amalan yang disyariatkan dalam Islam dan ia adalah satu amalan yang agung.

    Allah s.w.t berfirman:

    وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

    Surah al-Ankabut: Ayat 45

    Maksudnya:”dan sesungguhnya dhikrullah (mengingati Allah) itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.”

    zikir harian untuk terapi jiwa

    Berikut adalah susunan zikir harian mengikut hari berserta maksud serta kelebihan membacanya.

    1. Zikir Hari Jumaat

    zikir harian

    Rumi: Ya Allah

    Maksudnya: “Ya Allah.“

    Kelebihan membacanya: Hampir dari rahmat Allah dan jauh dari azab-Nya

    2. Zikir Hari Sabtu

    zikir hari sabtu

    Rumi: La-ila hailla’llah

    Maksudnya: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.”

    Kelebihan membacanya: Dihapuskan dosa anggota yang tujuh.

    3. Zikir Hari Ahad

    zikir hari ahad

    Rumi: Ya Hayyu Ya Qayyum

    Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri (tidak perlu kepada pertolongan).”

    Kelebihan membacanya: Dipelihara imannya oleh Allah s.w.t

    4. Zikir Hari Isnin

    zikir harian -hari isnin

    Rumi: La hawlawala-quwwata-illabilla-hil-aliyyil-‘aziim

    Maksudnya: “Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.“

    Kelebihan membacanya: Dihapuskan sifat-sifat yang tercela dan untuk kekuatan hati.

    5. Zikir Hari Selasa

    Rumi: Allahhummasolli’ala Muhammadin Wa’ala-aali-hi Wasohbihi Wasallim

    Maksudnya: “Ya Allah, kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabat.”

    Kelebihan membacanya: Dapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w pada hari Qiamat.

    6. Zikir Hari Rabu

    zikir harian-hari rabu

    Rumi: Astaghfirullahhal-a’zim allazilailaha-i’llallah-huwalhayyuqayyumu-wa atubu ilaih

    Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung yang tiada Tuhan selain dari-Nya yang Hidup dan Berdiri Sendiri (tidak memerlukan pertolongan) dan aku bertaubat kepada-Nya.“

    Kelebihan membacanya: Dihapuskan seribu dosa.

    7. Zikir Hari Khamis

    zikir hari khamis

    Rumi: Subhana’llah hil’azimiwabihamdih

    Maksudnya: “Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan segala puji untuk-Nya.“

    Kelebihan membacanya: Tumbuh tanaman syurga baginya.

    Cara beramal

    Bagi setiap zikir-zikir ini dibaca 1000 kali sehari.

    Sekiranya tidak mampu untuk mencapai 1000 kali sehari, maka bermulalah dahulu dengan 100 kali sehari. Apabila sudah selesa atau sudah boleh beramal dengannya, maka tambahlah bilangan itu kepada 200 kali atau 300 kali sehinggalah boleh mencapai 1000 kali sehari.

    Dalam kaedah agama kita ada disebutkan:

    Apa yang tidak dapat dibuat semua, maka jangan ditinggalkan semua.

    Begitu juga sekiranya ketika berzikir, tetapi hati kita lalai. Maka janganlah sehingga tidak berzikir langsung.

    Berzikir dalam keadaan lalai lebih baik daripada tidak berzikir langsung.

    Menurut Syeikh Ibn Ataillah al-Iskandari Rahimullah yang bermaksud:

    Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagal menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir berlebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar.

    Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55 (rujukan)

    Rumusan

    Zikir harian adalah salah satu daripada banyak lagi yang zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk mengubati jiwa yang gelisah dan tidak tenteram.

    Sekiranya anda mengalami keresahan, jiwa tidak tenteram, sentiasa rasa gelisah dan kemurungan, cubalah beramal dengan zikir harian ini. Mudah-mudahan ia dapat mengubati masalah yang dihadapi.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    Skizofrenia: Penyakit Mental yang Serius

    By Iskandar Zulkarnain

    Cara Mengatasi Serangan Panik: 10 Cara Yang Berkesan

    By KlinikMinda

    Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.