KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Kehidupan»Tujuan Hidup Manusia Dalam Perspektif Islam
Kehidupan

Tujuan Hidup Manusia Dalam Perspektif Islam

By Iskandar ZulkarnainUpdated:21/04/2021

Pernah atau tidak terdetik dihati kita apakah tujuan hidup kita sebagai manusia di atas muka bumi ini? Sebagai seorang yang beragama Islam, kita telah diberikan panduan tentang tujuan kewujudan kita dan apa yang patut kita kerjakan di dunia ini.

Allah SWT telah berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Adz-Dzaariyaat (ayat 56)

Daripada ayat ini haruslah kita sedar akan hakikat kejadian kita sebagai makhluk di muka bumi ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, Tuhan sekalian makhluk.

Dengan erti kata lain, tujuan kita dihidupkan di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Ibadah tidak tertakluk kepada solat, berpuasa, sedekah atau menunaikan haji semata-mata. Tetapi ibadah turut merangkumi aspek kehidupan duniawi.

tujuan hidup manusia

Daripada sekecil-kecil perbuatan hinggalah sebesar-besar perbuatan, sekiranya amalan baik itu dibuat kerana Allah SWT, pasti hamba itu akan menerima ganjaran daripada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA dia berkata: telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seorang lelaki telah lalu pada dahan sebatang pokok di tengah-tengah jalan, lalu dia berkata: ‘Akan aku ketepikan dahan ini dari (laluan) orang-orang Islam agar tidak membahayakan mereka’. Lalu orang itu dimasukkan ke syurga!”

Hadith Riwayat Muslim

Walaupun jika dilihat tindakan lelaki tersebut sangatlah mudah dan remeh, namun jika dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan untuk kemaslahatan umat sudah tentu besar ganjarannya daripada Allah SWT yang Maha Pemurah.

Kehidupan seorang Muslim perlulah berteraskan panduan yang telah digariskan dalam al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan kias para alim ulama.

Melalui panduan-panduan ini, hidup seorang Muslim itu tidak akan lari daripada landasan sebenar penciptaannya.

Khalifah di Muka Bumi

Manusia juga dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Khalifah di sini bermaksud orang yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini.

Menjadi khalifah tidak bermakna kita boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu kita. Sebaliknya, kita harus memakmurkan bumi ini berlandaskan syariat Allah SWT dan berpandukan kepada hukum-Nya.

Islam itu adalah cara hidup yang mengajar manusia segala aspek dalam kehidupan ini. Daripada aspek kepimpinan hinggalah aspek pengurusan diri sendiri. Begitulah lengkapnya agama ini.

Namun, ramai manusia lari daripada tujuan hidup mereka dilahirkan di dunia ini. Manusia mula melakukan kerosakan dan penyelewengan yang seterusnya meruntuhkan ketamadunan dan institusi kemasyarakatan itu sendiri.

Kembali ke Panggal Jalan

Sesungguhnya manusia itu makhluk yang lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi apa yang penting ialah menyedari akan kesilapan diri sendiri, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Semua daripada kita harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Tujuan hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Allah SWT dan melakukan segala kebaikan sebagai bekalan untuk di bawa ke dunia akhirat kelak.

Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu pintu taubat terbuka. Jangan bertangguh untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. Walaupun hidup kita sudah ditentukan, namun setiap daripada kita mempunyai pilihan. Adakah kita ingin memilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkok itu.

Sebagai khalifah di muka bumi ini juga, kita turut bertanggungjawab untuk menjaga hubungan sesama makhluk termasuklah manusia, binatang dan juga alam sekitar.

Justeru itu, jadilah seorang manusia yang bertanggungjawab dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

Kecelaruan Delusi: Jenis, Tanda-tanda, Punca dan Rawatan

27/06/2022

8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

21/06/2022

10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

14/06/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.