KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Terapi»Terapi Interpersonal untuk Masalah Kesihatan Mental
Terapi

Terapi Interpersonal untuk Masalah Kesihatan Mental

By KlinikMindaUpdated:05/03/2022

Terapi interpersonal (IPT) atau turut dikenali sebagai psikoterapi interpersonal ialah bentuk psikoterapi jangka pendek yang pada awalnya difokuskan untuk rawatan kemurungan. Terapi ini pada mulanya digunakan untuk merawat kemurungan dalam kalangan orang dewasa, ia kemudiannya telah terbukti berkesan dalam merawat kemurungan remaja dan biasanya IPT turut disyorkan sebagai rawatan untuk kemurungan kanak-kanak.

Seperti namanya, terapi interpersonal menumpukan hubungan interpersonal pesakit dan interaksi sosial termasuklah berapa banyak sokongan yang diperolehi daripada orang lain dan impak hubungan tersebut terhadap kesihatan mental pesakit.

Kajian telah menunjukkan bahawa kemurungan sering mengikuti perubahan yang mengganggu dalam persekitaran interpersonal seseorang.

Contohnya seperti kematian orang yang disayangi (kedukaan yang rumit), pergelutan dengan orang penting (pertikaian peranan) atau beberapa pergolakan kehidupan lain. Sebaik sahaja pesakit menjadi tertekan, simptom-simptom depresi akan menjejaskan fungsi interpersonal mereka, dan kejadian buruk akan menyusul. [1]

terapi interpersonal

Jenis-jenis Terapi Interpersonal

Terdapat beberapa jenis terapi interpersonal yang mungkin anda temui, termasuk dinamik dan metakognitif.

Terapi Interpersonal Dinamik

Terapi interpersonal dinamik direka untuk membantu pesakit untuk lebih memahami pendapat dan perasaan diri sendiri serta pendapat dan perasaan orang lain. Terapi ini umumnya mempunyai 16 sesi dalam jangka masa 5 bulan.

Terapi Interpersonal Metakognitif

Terapi interpersonal metakognitif adalah satu pendekatan integratif untuk menangani gangguan personaliti dengan menyekat emosi yang menonjol (menahan emosi anda) atau menghindari.

Kegunaan Terapi Interpersonal

Terapi ini pada mulanya dicipta sebagai rawatan jangka pendek untuk kemurungan. Namun, ia kemudiannya didapati turut berkesan untuk merawat gangguan kesihatan mental yang lain seperti:

  • Keresahan (anxiety)
  • Distimia
  • Kecelaruan makan
  • Kecelaruan bipolar
  • Kecelaruan personaliti pinggiran
  • Kemurungan perinatal atau selepas bersalin
  • Kecelaruan stres pascatrauma (PTSD)
  • Kecelaruan Keresahan Sosial
  • Kecelaruan berkaitan alkohol dan bahan terlarang

Terapi ini juga boleh membantu untuk menangani isu keterikatan, kesedihan, penyesuaian dan peralihan hidup, dan konflik perhubungan,

Kebaikan Terapi Interpersonal

Terapi interpersonal mempunyai beberapa kebaikan atau manfaat. Contohnya seperti:

  • Mengurangkan kemurungan: IPT bertanggapan bahawa kemurungan berlaku dalam konteks perhubungan. Oleh itu, matlamat IPT adalah untuk melegakan gejala kemurungan anda dengan memperbaiki cara anda berinteraksi dengan orang lain.
  • Memperbaiki hubungan: IPT boleh membantu pesakit memahami bagaimana hubungan mereka mempengaruhi kehidupan mereka. Matlamatnya adalah serampang dua mata iaitu untuk membantu pesakit berfungsi dengan lebih baik secara sosial dan untuk mengurangkan perasaan kemurungan mereka.

IPT juga merupakan terapi yang memfokuskan perhubungan semasa pesakit dan bagaimana ia memberikan impak kepada simptom-simptom kemurungan. IPT tidak cuba menyelidiki konflik dalaman anda hasil daripada pengalaman lalu.

Keberkesanan

Terapi interpersonal telah didapati berkesan dalam merawat pelbagai jenis kecelaruan kemurungan dan kecelaruan mental yang lain.

  • Satu kajian semula yang melibatkan 8 kajian mendapati IPT adalah berkesan seperti terapi tingkah laku kognitif (CBT) dalam merawat kecelaruan episod kemurungan major dan boleh dicadangkan sebagai rawatan utama untuk kecelaruan tersebut. [2]
  • Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa rawatan menggunakan kaedah IPT adalah setara dengan CBT. Malah, pesakit yang menerima rawatan IPT lebih sedikit tercicir berbanding CBT. [3]
  • Kajian juga turut mendapati IPT berkesan dalam merawat kecelaruan makan dan kecelaruan keresahan. [4]

Adakah Masih Memerlukan Ubat?

Bukti menunjukkan bahawa rawatan IPT sahaja boleh membantu pesakit pulih daripada kemurungan, tetapi bergantung kepada keterukan gejala, ubat mungkin diberikan. [5]

Jika perlu, pesakit boleh dirujuk kepada pakar psikiatri untuk memulakan rawatan perubatan jika ahli terapi itu bukan ahli profesional perubatan (ahli psikologi klinikal).

Rujukan
  1. Markowitz, J. C., & Weissman, M. M. (2004). Interpersonal psychotherapy: principles and applications. World psychiatry.
  2. van Hees, M. L. et al. (2013). The effectiveness of individual interpersonal psychotherapy as a treatment for major depressive disorder in adult outpatients: a systematic review. BMC psychiatry.
  3. Ekeblad, A. et al. (2016). Randomized Trial of Interpersonal Psychotherapy and Cognitive Behavioral Therapy for Major Depressive Disorder in a Community-Based Psychiatric Outpatient Clinic. Depression and anxiety.
  4. Cuijpers, P. et al. (2016). Interpersonal Psychotherapy for Mental Health Problems: A Comprehensive Meta-Analysis. The American journal of psychiatry.
  5. Cuijpers, P. et al. (2011). Interpersonal psychotherapy for depression: a meta-analysis. The American journal of psychiatry.
  • Schimelpfening, N. (2021). What is Interpersonal Therapy (IPT)?. verywellmind
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

Kecelaruan Delusi: Jenis, Tanda-tanda, Punca dan Rawatan

27/06/2022

8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

21/06/2022

10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

14/06/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.