KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Penyakit Mental»Sindrom Empty Nest Dalam Kalangan Warga Emas
Penyakit Mental

Sindrom Empty Nest Dalam Kalangan Warga Emas

By KlinikMindaUpdated:08/06/2022

Sindrom Empty Nest ini merujuk kepada perasaan kemurungan, sedih atau kesedihan yang dialami oleh warga emas semasa anak-anak mulai meninggalkan rumah. Sindrom ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.

Kira-kira 23 peratus tau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di Malaysia mengalami sindrom Empty Nest iaitu rasa sunyi dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak-anak.

Negara ini mengalami penuaan penduduk bermula pada tahun 2020 apabila peratusan penduduk warga emas berumur 60 tahun ke atas telah meningkat kepada tujuh peratus atau 2.1 juta daripada jumlah penduduk 33.4 juta.

sindrom empty nest

Punca

Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan, melanjutkan pelajaran atau berkahwin.

Sindrom Empty Nest harus diberi perhatian kerana ia boleh menjadi punca kepada masalah mental dan tekanan yang biasanya melanda warga emas terutamanya warga emas wanita.

Kesan Sindrom Empty Nest

Pada masa lalu, penyelidikan menunjukkan bahawa ibu bapa yang berhadapan dengan sindrom Empty Nest mengalami rasa kehilangan yang mendalam yang mungkin menyebabkan mereka terdedah kepada kemurungan, ketagihan minuman keras (alkohol), krisis identiti dan konflik rumah tangga.

Kajian terbaru pula mencadangkan bahawa sindrom ini mungkin mengurangkan konflik kerja dan keluarga, dan boleh memberi ibu bapa banyak faedah lain.

Apabila anak terakhir meninggalkan rumah, ibu bapa mempunyai peluang baharu untuk berhubung semula antara satu sama lain, meningkatkan kualiti perkahwinan mereka dan menghidupkan semula minat yang mungkin mereka tidak sempat lakukan sebelum ini.

Cara Menangani Sindrom Empty Nest

Jika anda mengalami perasaan kehilangan akibat sindrom ini, ambil tindakan. Contohnya adalah seperti:

  • Terus berhubung: Anda boleh terus rapat dengan anak-anak anda walaupun anda tinggal berasingan. Berusaha untuk mengekalkan hubungan melalui lawatan, panggilan telefon, e-mel, teks atau sembang video.
  • Dapatkan sokongan: Kongsi perasaan anda dengan orang tersayang atau rakan yang anak-anak mereka baru sahaja meninggalkan rumah. Jika anda berasa tertekan, sila dapatkan nasihat doktor, kaunselor atau ahli psikiatri.
  • Kekal positif: Memanfaatkan lebihan masa dan tenaga terhadap perkahwinan atau kepentingan peribadi anda selepas anak terakhir anda meninggalkan rumah mungkin membantu anda menyesuaikan diri dengan perubahan hidup yang besar ini.
  • Terima takdirnya: Elakkan membandingkan waktu anak anda dengan pengalaman atau jangkaan anda sendiri. Sebaliknya, fokus pada perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda berjaya apabila dia meninggalkan rumah.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

Kecelaruan Delusi: Jenis, Tanda-tanda, Punca dan Rawatan

27/06/2022

8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

21/06/2022

10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

14/06/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.