Setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia akan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan solat sunat Tarawih. Oleh sebab ia adalah setahun sekali, mungkin anda telah lupa selawat dan doa solat sunat Tarawih tersebut.
Bagi membantu anda, kami kongsikan di sini bacaan selawat, tasbih, doa ringkas dan doa panjang bagi solat sunat Tarawih.
Solat sunat Tarawih adalah salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam pada malam-malam Ramadan.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu..” – HR Muslim.
Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan peluang yang hanya datang setahun sekali ini.
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukum solat sunat Tarawih adalah sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan.
Tambahan itu, adalah sunat untuk mengerjakan solat sunat Tarawih di masjid, surau dan tempat-tempat sembahyang orang Islam yang lain.
Waktu Solat Sunat Tarawih
Solat sunat Tarawih ditunaikan selepas menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat ba’diah dua rakaat.
Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih
Umumnya, bilangan rakaat solat sunat Tarawih boleh dibahagikan kepada dua iaitu 8 dan 20 rakaat.
Pada zaman Rasulullah SAW, baginda mengerjakan solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Namun, terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
Pada zaman khalifah Umar bin Al-Khattab RA, beliau melaksanakan sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
Solat sunat Tarawih mestilah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiaanya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Bacaan Tasbih dan Selawat Sebelum Memulakan Solat Tarawih
Sebelum memulakan solat sunat Tarawih, biasanya bilal akan membacakan tasbih dan selawat seperti berikut dan kemudiaanya disambut oleh makmum (jemaah).
Bacaan Selawat Pada Rakaat Ke-2, Ke-6, Ke-10, Ke-14 dan Ke-18
Imam akan memulakan solat sunat Tarawih dua rakaat dan setelah selesai, bilal akan membacakan:
Bacaan yang sama akan diulang selepas selesai menunaikan rakaat ke-6, ke-10, ke-14 dan ke-18.
Bagi anda yang menunaikan solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat, bacaan ini akan diulang setelah selesai rakaat ke-6.
Bacaan Selawat dan Doa Pada Rakaat Ke-4, Ke-8, Ke-12 dan Ke-16
Setelah selesai rakaat ke-4, ke-8, ke-12, ke-16 dan ke-16, bilal akan mengucapkan:
Kemudian, disambung dengan bacaan doa ringkas daripada Imam:
Doa Akhir Solat Sunat Tarawih
Pada rakaat terakhir iaitu rakaat ke-19 dan 20, selepas bilal membaca سبحان الملك المعبود sehingga habis selawat, imam akan membacakan doa panjang solat sunat Tarawih:
Kemudian, bilal akan memberitahu mengenai solat sunat Witir yang akan dilakukan selepas itu.
Rujukan
- JAKIM. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih