KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

    12/08/2022

    Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

    26/07/2022

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Terapi»Rawatan Islam Untuk ADHD
Terapi

Rawatan Islam Untuk ADHD

Gangguan kurang tumpuan atau hiperaktif atau dalam bahasa Inggerisnya, Attention Deficit or Hyperactivity Disorder (ADHD)
By KlinikMindaUpdated:22/02/2022

ADHD atau maksud lengkapnya Attention Deficit Hyperactivity Disorder adalah gangguan mental yang menjejaskan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia. Gangguan ini biasanya berkekalan sehingga usia dewasa. Terdapat banyak pendekatan rawatan atau terapi untuk merawat simptom-simptom ADHD dan rawatan Islam adalah satu bentuk pilihan rawatan yang boleh dicuba.

ADHD dikenali sebagai gangguan kurang tumpuan atau hiperaktif dalam bahasa Melayu. Gangguan mental ini menyebabkan seseorang kanak-kanak atau individu sukar untuk memberikan tumpuan atau menjadi terlampau aktif.

Adalah normal bagi kanak-kanak menghadapi masalah untuk fokus atau berkelakuan baik dalam satu-satu masa. Tetapi, ia berbeza bagi kanak-kanak yang menghidap ADHD. Mereka sering kali tidak dapat memberikan tumpuan, terlalu aktif dan tergesa-gesa.

rawatan islam untuk adhd

Simptom-simptom atau Gejala

Simptom-simptom ADHD ini boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan kelakuan mereka iaitu:

Ketakperhatian

  • Selalu terlepas pandang atau cuai dalam melakukan kerja sekolah, di tempat kerja atau aktiviti lain.
  • Sukar untuk kekal memberikan perhatian ketika bermain atau melakukan tugasan.
  • Mempunyai masalah untuk menyusun atur tugasan atau aktiviti seperti melakukan tugasan mengikut susunan, mempunyai kerja yang tidak kemas dan pengurusan masa yang lemah.
  • Kelihatan seperti tidak mendengar walaupun bercakap terus kepadanya.
  • Tidak menyukai atau mengelak tugasan yang memerlukan tumpuan mental.
  • Selalu lupa untuk melakukan tugasan harian.

Hiperaktiviti-impulsiviti

  • Gelisah dan sentiasa gelisah di tempat duduk.
  • Berlari atau memanjat di tempat yang tidak sepatutnya.
  • Bercakap tidak berhenti.
  • Tidak boleh bermain atau melakukan hobi dengan senyap.
  • Sentiasa bergerak.
  • Menjawab soalan sebelum soalan habis dibacakan atau menyampuk.
  • Sukar untuk menunggu gilirannya.
  • Menganggu orang lain seperti dalam percakapan, aktiviti dan permainan.
  • Selalu meninggalkan tempat duduk dalam situasi yang sepatutnya memerlukan seseorang itu untuk duduk.

Rawatan dan Terapi dalam Islam untuk Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)

Terdapat tiga aktiviti sunnah yang boleh membantu penghidap ADHD iaitu menunggang kuda, memanah dan berenang. Tiga aktiviti atau sukan ini amat disyorkan oleh Rasulullah SAW.

Selain itu, terapi ruqyah juga dilihat mempunyai manfaat kepada anak-anak yang menghidap ADHD.

1. Terapi Menunggang Kuda

Bagi mereka yang berkemampuan, aktiviti menunggang kuda boleh menjadi satu terapi untuk merawat gangguan kurang tumpuan atau hiperaktif (ADHD).

Terdapat kajian kecil yang dijalankan terhadap 5 orang kanak-kanak berusia 10-11 tahun yang menghidap ADHD melaporkan bahawa menunggang kuda mempunyai kesan positif kepada mereka. [1]

Kanak-kanak tersebut menerima terapi menunggang kuda selama 1 jam, 2 kali seminggu selama 8 minggu. Menunggang kuda didapati boleh menambah baik kualiti hidup, lakuan motor dan peranan sosial kanak-kanak tersebut.

2. Terapi Memanah

Sukan menembak sasaran seperti memanah juga bermanfaat untuk pesakit ADHD.

Satu kajian yang dijalankan terhadap 128 orang kanak-kanak berusia 10-14 tahun yang menghidap ADHD mendapati aktiviti menembak sasaran mempunyai beberapa kesan yang bermanfaat terhadap keterukan simptom-simptom ADHD. [2]

Kanak-kanak tersebut menjalani latihan menembak sasaran seminggu sekali selama 6 bulan. Hasil kajian tersebut mendapati penilaian oleh ibu bapa dan ujian komputer menunjukkan aktiviti menembak sasaran tersebut mempunyai kebaikan terhadap keterukan simptom-simptom yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

3. Terapi Berenang atau Menyelam

Terapi berenang juga merupakan rawatan Islam yang bermanfaat untuk penghidap ADHD. Malah, kebaikan sukan atau aktiviti berenang ini disokong oleh kajian.

Kajian terkini yang dijalankan terhadap 33 orang kanak-kanak yang berusia 11-14 tahun mendapati program belajar berenang boleh menambah baik kesihatan mental, kognisi dan koordinasi motor dalam kalangan kanak-kanak yang menghidap ADHD. [3]

Latihan yang dijalankan selama 8 minggu tersebut menunjukkan latihan berenang boleh mengurangkan depresi, meningkatkan kebolehubahan kognitif dan perhatian berpilih.

Dari segi koordinasi motor dan kecergasan fizikal pula, latihan berenang boleh meningkatkan koordinasi anggota bawah badan, kelenturan dan rintangan abdomen.

4. Terapi Ruqyah

Terapi ruqyah juga didapati boleh menjadi salah satu rawatan Islam terhadap ADHD.

Kajian oleh pengkaji dari Universiti Malaya mendapati terapi ruqyah memberi kesan positif terhadap tingkah laku murid-murid yang menghidap ADHD. Kajian ini mendapati terapi ruqyah boleh memberikan ketenangan dan mengubah tingkah laku murid-murid tersebut seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dengan mudah. [4]

Kajian ini menunjukkan terapi ruqyah relevan dan boleh menjadi rawatan alternatif kepada murid-murid ADHD yang beragama Islam.

Rujukan
  1. Cuypers, K. et al. (2011). The effect of therapeutic horseback riding on 5 children with attention deficit hyperactivity disorder: a pilot study. Journal of alternative and complementary medicine.
  2. Gohr Månsson, A. et al. (2019). The effects of practicing target-shooting sport on the severity of inattentive, hyperactive, and impulsive symptoms in children: a non-randomised controlled open-label study in Denmark. Nordic journal of psychiatry.
  3. Silva, L. et al. (2020). Swimming training improves mental health parameters, cognition and motor coordination in children with Attention Deficit Hyperactivity Disorder. International journal of environmental health research.
  4. Nik Ali, Nik & Ganesan, Madya & Darusalam, Ghazali. (2016). KESAN TERAPI RUQYAH DALAM MODIFIKASI TINGKAHLAKU MURID-MURID ADHD. Proceeding International Conference on Special Education in Southest Asia Region 6th Series 2016.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

12/08/2022

Senarai Pusat Terapi Pertuturan Kanak-kanak di Malaysia

05/08/2022

Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

26/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.