Adakah anda mencari pusat terapi pertuturan kanak-kanak untuk anak anda?
Jika anda mendapati anak anda mengalami kesukaran untuk bercakap, membaca atau menulis, anak anda mungkin mengalami gangguan komunikasi yang memerlukan rawatan.
Terapi pertuturan adalah salah satu bentuk rawatan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah komunikasi. Lazimnya, ia berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Artikel ini menyediakan kepada anda senarai pusat terapi pertuturan yang terdiri daripada hospital kerajaan dan pusat terapi swasta.
Terapi Pertuturan di Hospital Kerajaan atau Universiti
Berikut adalah beberapa pusat terapi pertuturan yang disediakan oleh hospital kerajaan atau hospital universiti:
1. Unit Terapi Pertuturan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
Perkhidmatan Terapi Pertuturan telah bermula di HCTM sejak tahun 1999. Perkhidmatan di Unit Terapi Pertuturan dikendalikan oleh profesional yang dikenali sebagai ahli patologi pertuturan bahasa.
Ahli patologi pertuturan bahasa adalah profesional yang bertauliah untuk mengenalpasti, mencegah, menilai dan melakukan rehabilitasi atau intervensi bagi individu yang mengalami kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi.
Perkhidmatan di Unit Terapi Pertuturan lazimnya dilakukan menerusi sesi individu atau sesi secara berkumpulan.
Unit Terapi Pertuturan kini berada di tingkat basement bersebelahan dengan Gimnasium Pediatrik, Unit Fisioterapi.
Alamat:
- Unit Terapi Pertuturan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Aras Bawah (Basement), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Talian untuk dihubungi:
- 03-9145 5735 / 03-9145 5739
- https://hctm.ukm.my/pemulihan/unit-terapi-pertuturan/
2. Unit Terapi Pertuturan, Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Unit Terapi Pertuturan-Bahasa menyediakan perkhidmatan pemulihan pertuturan-bahasa kepada individu yang berumur 0-12 tahun yang mengalami masalah kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, penelanan dan feeding dengan menjalankan diagnosis dan intervensi.
Alamat:
- Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur.
Talian untuk Dihubungi:
- 03-26156391
- pro.hkl@moh.gov.my
3. Unit Terapi Pertuturan, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)
Unit Terapi Pertuturan di Hospital Rehabilitasi Cheras telah beroperasi sejak tahun 2012.
Perkhidmatan terapi pertuturan di HRC merangkumi perkhidmatan rehabilitasi intensif kepada pesakit dengan diagnosis masalah bahasa neurogenik (afasia), masalah penelanan (disfagia), masalah kecelaruan motor pertuturan (disartria dan apraksia) dan masalah-masalah yang melibatkan kecelaruan komunikasi kompleks tanpa mengira usia.
Pesakit perlu mendapatkan surat rujukan dari hospital atau klinik kerajaan atau klinik swasta yang lengkap menggunakan kepala surat hospital atau klinik atau Memo (T-(Am 96) (Pin. 13/90) ditujukan kepada Pakar atau Pegawai Perubatan.
Alamat:
- Hospital Rehabilitasi Cheras, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Talian untuk dihubungi:
- 03-91453400
- temujanji.hrc@moh.gov.my / hrc_info@moh.gov.my
4. Unit Terapi Pertuturan, Hospital Seri Manjung
Unit Terapi Pertuturan Hospital Seri Manjung telah memulakan operasi secara rasmi pada tahun 2014 dengan menempatkan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di hospital ini secara tetap.
Perkhidmatan diberikan kepada pesakit kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah komunikasi, bahasa, pertuturan dan penelanan.
Alamat:
- Klinik Pakar Pediatrik dan O&G (Bilik 11), Hospital Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak.
Talian untuk dihubungi:
- 05-6896942
- azira.ariffin@gmail.com / noorazira@moh.gov.my
Terapi Pertuturan di Klinik Swasta atau Pusat Terapi Swasta
Berikut adalah beberapa pusat terapi pertuturan yang disediakan oleh pusat terapi swasta atau klinik swasta:
1. IDEAS Autism Centre (IAC)
IDEAS Autism Centre (IAC) ditubuhkan pada tahun 2012 di Rawang, Selangor oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Berhad.
IAC bertindak sebagai sebuah pertubuhan sosial bermatlamat untuk memaksimumkan manfaat kepada masyarakat.
Pusat IAC yang pertama terletak di Rawang yang dibina khas dan disesuaikan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak autisme serta memberi fokus kepada mereka yang berasal dari keluarga B40 yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500.
Selain itu, IAC turut menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan oleh Pakar Terapi Pertuturan.
Alamat:
- IDEAS Autism Centre, No. 9, Jalan Bukit Templer, Taman Bkt. Templer, 48000 Rawang, Selangor.
Talian untuk dihubungi:
- 03-60917330
- sharifahsalleh@ideas.org.my
- https://ideasautismcentre.com/
2. Kidsogenius Therapy Center
Kidsogenius telah diasaskan pada tahun 2010 oleh Cik Cheryl, yang juga seorang Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa kanan di pusat ini. Lulus dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2008, beliau berdedikasi untuk menyediakan terapi pertuturan profesional kepada kanak-kanak yang mempunyai pelbagai masalah pertuturan dan bahasa.
Terapi pertuturan di sini bermula dengan penilaian awal untuk menentukan sasaran terapi untuk setiap pelanggan.
Jika penilaian menunjukkan bahawa terapi diperlukan, sesi biasanya dilakukan dengan ahli terapi pertuturan-bahasa secara satu sama satu dalam suasana kerja tertentu yang mengurangkan gangguan dan memaksimumkan tumpuan untuk pembelajaran.
Alamat:
- D-02-02, Sunway Nexis, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.
- A-8-1 Plaza Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Talian untuk dihubungi:
- 012-2962868
- admin@kidsogenius.com
- https://kidsogenius.com/
3. Impian Therapy Centre
Impian Therapy Centre merupakan sebuah pusat terapi yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan menawarkan khidmat penilaian psikologi, psikoterapi, kaunseling, terapi cara kerja dan terapi pertuturan untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Pusat terapi ini menyediakan terapi pertuturan individu yang dikhususkan kepada kanak-kanak yang memerlukan terapi pertuturan secara individu.
Setiap kanak-kanak perlu menjalani penilaian awal bagi menentukan intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut sama ada sudah bersedia untuk menjalani sesi terapi pertuturan atau perlu menjalani sesi bersama terapi cara kerja (occupational therapy) terlebih dahulu.
Alamat:
- No.8, Laman Lili 1,Taman Nilai Impian,71800 Nilai, Negeri Sembilan.
- Little Athfal Care Centre,No 1 Jln Kajang Perdana 11,Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor.
Talian untuk dihubungi:
- 016-914 1733
- impiantherapy@gmail.com
- http://www.impiantherapycentre.com/
4. Oasis Place
Oasis Place ialah sebuah pusat intervensi khas yang turut menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan dan bahasa.
Oasis Place menawarkan sesi terapi di sekolah, di pusat Oasis Place atau dalam talian melalui OPConnect. Sesi biasanya merangkumi terapi langsung dengan anak dan campur tangan tidak langsung ibu bapa, penjaga atau pendidik yang bekerja dengan anak.
Alamat:
- Level 16 Menara Sentral Vista, 150, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.
Talian untuk dihubungi:
- 03-2276 9111 / 010-900 9673
- enquiries@oasisplace.com.my
- https://oasisplace.com.my/