Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Kehidupan»7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett
    Kehidupan

    7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

    KlinikMindaBy KlinikMinda15/03/20215 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Bagi mereka yang tidak mengenali Warren Buffet, beliau adalah salah seorang lelaki terkaya di dunia dan seorang ahli perniagaan yang paling dihormati. Pada Mac 2021, kekayaan Warren Buffett dianggarkan bernilai USD 99.3 bilion iaitu bersamaan RM 408.7 bilion. Terdapat beberapa pengajaran hidup yang boleh kita pelajari daripada Warren Buffett yang boleh dijadikan panduan dan pedoman hidup kita.

    Warren Buffett atau nama penuhnya Warren Edward Buffett telah dilahirkan pada 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat. Beliau adalah anak kedua daripada 3 adik beradik. Ayahnya adalah seorang broker saham dan ahli kongres Amerika Syarikat. Warren Buffett dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang cekap matematik.

    Warren Buffett melakukan pelaburan seawal usia 11 tahun dan memulakan perniagaan pertamanya seawal usia 13 tahun.

    Warren Buffett menjadi seorang jutawan (billionaire) apabila beliau mula menjual sahamnya di Berkshire Hathaway pada 29 Mei 1990 yang bernilai USD 7,175 sesaham.

    pengajaran hidup daripada warren buffett
    Warren Buffett
    USA International Trade Administration, Public domain, via Wikimedia Commons

    Berikut adalah beberapa pengajaran hidup yang boleh diambil daripada Warren Buffett.

    1. Membaca

    Warren Buffett selalu mengisi masanya dengan membaca lebih 500 halaman sehari. Sekiranya beliau mempunyai masa, beliau akan membaca laporan tahunan syarikat-syarikat dan menganalisa syarikat yang beliau berminat.

    Membaca adalah salah satu jambatan ilmu dan dengan ilmu seseorang itu boleh mengubah kehidupannya. Cabaran masa kini adalah peranti dan permainan yang menjadi penghalang utama seseorang itu untuk menghabiskan masa untuk membaca.

    Oleh itu, sekiranya anda ingin menjadi seorang yang berilmu dan berjaya. Jadikan amalan membaca senagai salah satu rutin harian anda.

    2. Mempunyai Integriti

    Integriti bermaksud kejujuran. Warrent Buffett sentiasa mempamerkan sifat integritinya dalam setiap urusan perniagaannya. Sekiranya beliau berjanji sesuatu, beliau akan sentiasa menunaikannya. Malah beliau menilai integriti lebih daripada nilai lain.

    Integriti dan kejujuran adalah satu sifat atau nilai penting yang harus ada pada setiap orang. Seorang pekerja atau pemimpin yang berintegriti pasti akan dihormati dan dikagumi oleh ramai pihak.

    Sebaliknya, jika seseorang itu tidak mempunyai integriti, dia tidak akan dihormati malah akan dibenci oleh masyarakat.

    Kejujuran adalah suatu nilai yang boleh dibentuk dalam diri seseorang. Maka, jadikanlah ia sebagai satu prinsip hidup yang akan menjadi suatu nilai yang tiada tolok bandingnya.

    3. Belajar untuk Berkomunikasi

    Pada usia muda, Warren Buffett adalah seorang yang pemalu. Walau bagaimanapun, beliau sedar bahawa boleh berkomunikasi dengan baik adalah perlu untuk berjaya. Beliau telah menyertai kursus pidato umum dan menambah baik komunikasinya.

    Kemahiran komunikasi Warren Buffett dalam dilihat melalui perkongsian akan kebijaksanaannya melalui cerita-cerita ringkas.

    Komunikasi yang baik adalah penting untuk membolehkan kita menyampaikan idea atau pendapat kita dengan cara yang boleh difahami oleh orang lain. Sekiranya anda merasakan bahawa anda perlu untuk menyertai kursus pidato umum, maka jangan teragak-agak untuk menyertainya.

    4. Suka Apa yang Anda Lakukan

    Warren Buffett menyatakan bahawa beliau berjaya dalam apa yang beliau lakukan kerana beliau menyukai kerjanya. Beliau turut menyatakan bahawa melakukan kerja yang kita tidak suka adalah bukan satu strategi yang baik jika kita ingin gembira.

    Beliau juga sering menasihati pelajar agar melakukan sesuatu yang mereka sukai kerana hidup ini terlalu pendek untuk sengsara dalam pekerjaan yang mereka benci.

    Melakukan sesuatu pekerjaan yang kita suka sememangnya satu kelebihan yang boleh mendorong kita untuk menjadi seorang yang berjaya. Meminati sesuatu pekerjaan akan memberikan seseorang itu satu perisai untuk mereka bertahan dengan apa jua dugaan yang mendatang.

    5. Jadi Seorang yang Merendah Diri

    Pengajaran hidup yang seterusnya yang boleh dipelajari daripada Warren Buffett ialah menjadi seorang yang merendah diri. Disebalik kejayaan dan kekayaannya, Warren Buffett tidak takut atau malu untuk menerima kesalahan dirinya.

    Beliau juga turut mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekurangan dalam bahagian tertentu. Beliau mengakui bahawa beliau tidak memahami sesetengah industri dan memilih untuk melabur dalam industri yang difahaminya sahaja.

    Beliau juga turut mengakui kesilapan pelaburan kepada para pemegang saham sekiranya beliau melakukannya.

    Sifat merendah diri akan menjadikan seseorang itu berdiri di bumi yang nyata. Kekayaan dan kejayaan akan mudah mengaburi mata dan minda mereka yang mengecapinya. Dengan bersikap rendah diri, seseorang itu akan sentiasa sedar bahawa dirinya tidak sempurna dan boleh melakukan kesilapan bila-bila masa.

    6. Jadi Seorang yang Pemurah

    Warren Buffett juga merupakan seorang yang pemurah dengan harta miliknya. Beliau telah berikrar untuk menderma 99% daripada kekayaannya. Pada tahun 2006 hingga 2007, beliau telah mendermakan hampir USD 28 bilion kepada pelbagai yayasan untuk tujuan kebajikan.

    Menjadi seorang yang pemurah tidak akan menjadikan anda seorang yang miskin, malah akan menjadikan seseorang itu lebih kaya.

    Seseorang yang pemurah juga akan menjadikan kita seorang yang lebih berjaya dan disayangi oleh masyarakat seperti mana dapat dilihat bagi tokoh seperti Warren Buffett.

    7. Mengamalkan Kehidupan yang Sederhana

    Disebalik kekayaannya, Warren Buffett sebenarnya mengamalkan kehidupan yang sederhana. Beliau masih tinggal di rumah yang dibelinya pada tahun 50-an. Beliau masih memandu kereta yang sama selama beberapa tahun.

    Menjalani kehidupan yang sederhana sebenarnya lebih menenangkan. Hidup yang sederhana boleh menghilangkan tekanan untuk mengagumkan orang di media sosial dan boleh membantu kita memberikan tumpuan kepada perkara yang penting.

    Rujukan
    Rujukan
    • Biography.com Editors. (2020). Warren Buffett. Biography [diakses pada 15 Mac 2021].
    • Wikipedia. Warren Buffett [diakses pada 15 Mac 2021].
    • Forbes. Warren Buffett [diakses pada 15 Mac 2021].

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

    20/03/2021

    7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

    18/03/2021

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    7 Cara Untuk Menghadapi Keresahan Akibat Coronavirus

    By Iskandar Zulkarnain

    Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)

    By Iskandar Zulkarnain

    Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.