KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Motivasi»Motivasi untuk Tidak Putus Asa Menghadapi Cabaran
Motivasi

Motivasi untuk Tidak Putus Asa Menghadapi Cabaran

By KlinikMindaUpdated:23/01/2022

Kehidupan di dunia ini pasti banyak pancarobanya. Apa yang penting kita tidak mudah untuk putus asa. Motivasi ini untuk anda agar tidak putus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan ini.

Kesilapan Tanda Kita Mencuba – Jangan Putus Asa

Dalam hidup ini semua orang pernah melakukan kesilapan. Tidak kira besar atau kecil. Setiap kesilapan yang kita lakukan akan menjadi guru terbaik untuk mengajar kita erti dan makna kehidupan ini. Tanpa membuat kesilapan, kita tidak akan belajar apakah sebenarnya yang harus kita lakukan.

motivasi untuk tidak putus asa

Adakah Kesilapan Menunjukkan Kita Teruk atau Lemah?

Jawapannya ialah TIDAK.

Thomas Edision mencuba beratus kali sehingga kali ke-1000 barulah berjaya mencipta mentol. Jack Ma pula berkata, pada usia 20an adalah masa untuk kita melakukan kesilapan. Micheal Jordan pernah kalah dalam 300 perlawanan dan tersasar 9000 lontaran dalam kerjaya bola keranjangnya.

Ramai yang menjadi seorang yang berjaya pernah melakukan banyak kesilapan dalam hidupnya.

Apa yang paling penting ialah KITA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN ITU.

“When you’re 25 years, don’t worry. Any mistake is a wonderful revenue.”

Jack Ma

Mereka yang bijak juga akan belajar daripada kesilapan orang lain. Dari situ mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama untuk menjadi seorang yang berjaya.

Berani Mencuba

Sekiranya kita ingin menjadi seorang yang berjaya, kita mesti berani mencuba sesuatu yang baru atau yang lain daripada yang lain. Sudah tentu sesuatu yang baru pasti datang bersama-sama risiko.
Kejayaan dan keuntungan juga pasti datang bersama-sama risiko.

Contohnya dalam perniagaan, semakin besar keuntungan semakin besar risikonya.

Jika kita berani mencuba, risiko dan kegagalan itu akan menjadi satu pengalaman yang amat berguna kepada kita untuk hari yang mendatang.

Buangkan sikap negatif yang ada dalam diri kita walaupun ada kalanya kita memerlukannya.

Lihatlah individu yang terkenal seperti Bill Gates, Warren Buffett, Jack Welch dan Larry Page. Mereka adalah individu yang berfikiran positif dan optimistik akan masa depan. Mereka tidak merungut bahkan sentiasa mencuba untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Ini kerana, setiap masalah atau rungutan akan wujud peluang.

Jangan Putus Asa!

Jangan putus asa! Jangan mengalah!

Bina motivasi diri sebagai benteng untuk tidak putus asa. Putus asa harus menjadi musuh untuk orang yang ingin berjaya.

Teruskan berusaha kerana setiap ujian dan dugaan itu ada hikmah disebaliknya.

Kesilapan yang kita lakukan adalah peluang dan ruang. Peluang untuk kita menilai adakah betul teknik atau cara kita dan ruang untuk kita muhasabah diri kita.

Teruskan berusaha, Insya-Allah tiada apa yang mustahil dan kejayaan menanti di hadapan!

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

Kecelaruan Delusi: Jenis, Tanda-tanda, Punca dan Rawatan

27/06/2022

8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

21/06/2022

10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

14/06/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.