Klinik Minda adalah sebuah laman kesihatan mental di Malaysia. Laman ini mengkhususkan kepada topik-topik berkaitan kesihatan mental, kesedaran dan pendidikan mengenai kesihatan mental.
Penyakit mental adalah salah satu penyakit yang harus dipandang serius oleh semua pihak. Muktahir ini, banyak kes bunuh diri yang berlaku. Tidak kira di luar negara atau dalam negara, orang dewasa atau remaja.
Penyakit mental adalah penyakit yang boleh dirawat, bahkan sudah ramai yang berjaya pulih daripada masalah yang dihadapi. Apa yang penting adalah pesakit ini mendapat maklumat, layanan dan rawatan yang betul.
Stigma masyarakat terhadap pesakit mental memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini akan menyukarkan golongan ini untuk pulih. Oleh sebab itu, kami percaya dengan adanya kesedaran dan pendidikan, kita boleh mengubah persepsi masyarakat supaya bersifat lebih positif dan membantu.
Klinik Minda akan menyajikan artikel-artikel yang berkaitan dengan maklumat-maklumat yang dapat dipercayai, difahami dan membolehkan anda membuat pilihan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
Kami tahu kepercayaan itu diperolehi. Oleh itu, kami ingin kongsikan bagaimana Klinik Minda menghasilkan kandungan atau artikel yang benar, tepat dan terkini.
Proses Penghasilan Artikel Klinik Minda
Pihak pengarang Klinik Minda sentiasa komited untuk menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti tanpa berat sebelah dan mempunyai bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang awam.
Setiap artikel yang dihasilkan mempunyai fakta-fakta dan rujukan yang boleh dipercayai daripada kajian-kajian, terbitan akademik, maklumat daripada agensi kerajaan dan persatuan perubatan.
Setiap fakta dan maklumat spesifik yang diambil akan disertakan pautan ke artikel atau kajian asal yang dinyatakan dalam ruangan rujukan di bahagian bawah setiap artikel.
Penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang diubah kepada Bahasa Melayu pula adalah berdasarkan rujukan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kekal Relevan
Pihak Klinik Minda akan sentiasa mengemaskini maklumat dalam artikel kami sekiranya terdapat maklumat baharu. Bagitu juga sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat, tidak jelas dan ketinggalan yang diutarakan oleh pembaca kami.
Misi Kami
Misi kami adalah untuk menjadi sebuah platform pendidikan kesihatan mental untuk orang awam yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan mental serta dapat membantu mereka yang mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.
Hubungi Kami
Pengguna laman blog ini boleh menggunakan borang di halaman Hubungi Kami sekiranya terdapat sebarang aduan atau saranan. Pengguna juga boleh menggunakan ruangan komen untuk berinteraksi dengan kami.