Bagi anda yang mempunyai personaliti introvert mungkin mengalami sedikit kesukaran untuk mencari kerjaya yang sesuai. Walau bagaimanapun, jangan bimbang kerana masih ada kerjaya yang sesuai untuk anda.
Terdapat banyak pekerjaan yang bukan sahaja bergaji tinggi dan membolehkan anda bekerja dari rumah tetapi juga memberi anda kebebasan untuk tidak sentiasa bercakap dengan orang ramai atau berurusan dengan orang ramai secara langsung.
Seorang yang mempunyai personaliti introvert mudah berkembang di mana mereka mempunyai masa untuk mempertimbangkan dan memperbaiki pemikiran mereka sebelum berkomunikasi.
Terdapat banyak pekerjaan hebat untuk introvert jika kekuatan golongan ini dipertimbangkan.
1. Penulis Kandungan (Content Writer)
Penulis kandungan (content writer) adalah kerjaya yang sesuai untuk anda yang mempunyai personaliti introvert.
Kerjaya ini memberikan anda banyak masa bersendirian. Walaupun ada masanya anda perlu berjumpa pelanggan atau majikan, tetapi majoriti masa adalah anda bekerja sendiri.
2. Pembangun Web
Pembangun web (web developer) atau pengaturcara (programmer) juga adalah kerjaya yang hebat.
Kerjaya ini juga sesuai kepada anda yang mempunyai personaliti introvert. Kerjaya ini memerlukan anda bekerja bersendirian dan dalam kumpulan yang kecil.
Pembangun web atau pengaturcara juga merupakan kerjaya yang mempunyai banyak peluang pada masa ini. Anda boleh bekerja secara “freelance” atau mempunyai majikan.
3. Pereka Grafik
Pereka grafik adalah satu kerjaya yang memerlukan skil dan kreativiti. Ia sesuai kepada anda yang ingin bekerja sendiri atau bekerja sepenuh masa.
Kerjaya ini juga turut sesuai kepada anda yang mempunyai personaliti introvert kerana kebanyakan masa anda dihabiskan dengan komputer atau lakaran anda.
4. Pakar Diet atau Pakar Pemakanan
Pakar diet atau pakar pemakanan bekerja di belakang tabir di hospital, sekolah dan kemudahan penjagaan kesihatan, selalunya secara bersendirian atau dengan sekumpulan kecil rakan sekerja.
Persekitaran pekerjaan seperti ini sesuai untuk seseorang yang introvert tetapi masih menikmati interaksi sosial.
Pakar diet dan pakar pemakanan juga boleh bekerja sendiri dan bekerja dari rumah.
5. Penjual E-Dagang
Bagi anda yang sukar mencari pekerjaan yang sesuai dengan personaliti introvert anda, menjadi penjual e-dagang boleh menjadi solusi kepada pencarian anda.
Kerjaya ini banyak memerlukan anda berurusan secara jarak jauh seperti melalui platform e-dagang, emel, telefon atau media sosial.
6. Pekerja Kemasukan Data
Kerjaya kemasukan data (data-entry) tidak memerlukan sebarang komunikasi bersemuka. Ini juga menjadikan kerjaya ini sesuai untuk personaliti introvert.
Selain itu juga, anda mempunyai kebebasan untuk membuat wang dari rumah dengan kemahiran asas komputer.
7. Penyelidik
Seterusnya, kerjaya lain yang sesuai untuk introvert adalah penyelidik.
Kerjaya sebagai seorang penyelidik memanfaatkan dua kekuatan utama seorang introvert iaitu komunikasi bertulis dan kerja solo.
Seorang penyelidik introvert mudah untuk fokus selama yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas di tangan.
Tambahan lagi, penyelidik dicari dalam banyak industri yang membolehkan peralihan yang lancar daripada kerjaya sedia ada.
8. Mekanik
Mekanik juga merupakan kerjaya yang sesuai untuk anda yang memiliki personaliti introvert.
Seorang mekanik banyak menghabiskan masa dengan melakukan penyelenggaraan kenderaan. Jarang-jarang sekali memerlukan komunikasi bersemuka bersama pengurus atau pelanggan.
9. Perunding Perhubungan Awam
Mungkin agak ganjil tetapi sebenarnya kerjaya sebagai perunding perhubungan awam mungkin sesuai untuk seorang yang introvert.
Tugas perunding perhubungan awam banyak ditumpukan kepada mendapatkan liputan media kepada klien atau pelanggan.
Ia membolehkan anda bekerja di belakang tabir yang fokus secara dalaman.
10. Pengurus Media Sosial
Walaupun kedengaran agak pelik dan berlawanan, sebenarnya kerjaya sebagai pengurus media sosial adalah sesuai kepada seorang introvert.
Orang yang mempunyai personaliti introvert mempunyai kecerdasan sosial yang sangat tinggi. Seorang introvert cenderung untuk mengekspresikan diri mereka dengan lebih baik melalui penulisan berbanding dengan komunikasi langsung.
Maka, mereka boleh merancang, menggunakan kempen dan strategi pemasaran media sosial dengan berkesan.