Bagi anda yang mempunyai personaliti ekstrovert (extrovert), anda mungkin tidak mempunyai banyak masalah dalam mencari kerjaya yang sesuai. Banyak kerjaya yang sesuai untuk orang ekstrovert dan apa yang penting adalah anda mempunyai minat dalam bidang tersebut.
Seorang yang ekstrovert adalah seorang yang sosial, mudah untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan suka untuk bekerja dalam pasukan atau kumpulan.
Skil sosial yang dimiliki oleh seorang yang ekstrovert juga boleh membantu dalam kerjaya mereka. Mereka juga lebih cenderung untuk menghadiri majlis atau acara yang diadakan oleh syarikat atau majikan mereka. Ini membantu majikan mereka meningkatkan semangat syarikat.
Setiap personaliti boleh berkembang maju dalam kerjaya yang mempamerkan ciri dan kebolehan unik mereka.
Ekstrovert, khususnya, boleh mendapat kejayaan dalam kerjaya di mana mereka boleh berkomunikasi dengan sebilangan besar orang.
Berikut adalah contoh-contoh kerjaya yang sesuai untuk orang ekstrovert:
1. Pramugari atau Pramugara
Pramugari atau pramugara adalah kerjaya yang banyak melibatkan komunikasi dan interaksi sosial.
Pramugari atau pramugara bertanggungjawab membantu penumpang pesawat untuk mendapatkan tempat duduk serta membantu di sepanjang perjalanan.
Kerjaya ini memerlukan seseorang yang boleh berkomunikasi dengan baik seperti seorang yang ekstrovert.
2. Guru
Kerjaya sebagai seorang guru juga sesuai untuk anda yang mempunyai personaliti ekstrovert.
Guru perlu mempunyai skil komunikasi yang baik yang bersesuai dengan tahap pelajar mereka. Selain itu, guru juga perlu memberikan motivasi kepada pelajar dan mungkin boleh menjadi idola kepada pelajar mereka.
Ciri-ciri kebanyakan banyak terdapat pada seorang yang mempunyai personaliti ekstrovert.
3. Peguam
Seorang peguam perlu mempunyai skil komunikasi, skil perundingan dan keupayaan untuk melakukan penyelidikan.
Selain berbicara di mahkamah, seorang peguam juga perlu mempunyai interaksi yang baik dengan pelanggan mereka.
Ciri-ciri ini menjadikan kerjaya sebagai seorang peguam adalah pilihan kerjaya yang sesuai untuk seorang yang ekstrovert.
4. Jururawat
2 ciri penting bagi jururawat adalah sesuai dengan kualiti ekstrovert iaitu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerja secara berpasukan.
Jururawat bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyediakan rawatan perubatan kepada pesakit mereka, tetapi juga menjadi sistem sokongan emosi untuk pesakit dan keluarga mereka.
5. Pengurus Besar
Pengurus besar (general manager) bertanggungjawab untuk menguruskan operasi sesebuah syarikat atau perniagaan.
Mereka membuat dasar, memantau kakitangan syarikat, mengurus kos operasi, mengupah pekerja dan mengagihkan sumber belanjawan.
Kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang pengurus besar adalah kemahiran komunikasi yang kuat, kemahiran organisasi dan kemahiran kepimpinan.
Kemahiran-kemahiran ini mungkin ada bagi seorang yang ekstrovert.
6. Kaunselor
Biasanya, seorang ekstrovert adalah penyayang, komunikator yang hebat dan suka terlibat dalam kehidupan orang lain.
Ini menjadikan kerjaya sebagai seorang kaunselor sebagai laluan kerjaya yang sesuai untuk seorang ekstrovert.
Kaunselor membantu orang ramai mencapai perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan mereka, seperti kerjaya, perhubungan dan akademik.
7. Perancang Acara
Perancangan acara melibatkan mencipta dan membangunkan acara peribadi atau korporat berskala kecil dan besar seperti perkahwinan, persidangan, konsert dan perayaan.
Perancang acara (event planner) perlu mempunyai keupayaan semula jadi untuk mengurus interaksi dengan pelbagai orang termasuk pelanggan, vendor dan tenaga kerja acara.
Ini menjadikan seorang ekstrovert mempunyai kelebihan dalam melaksanakan acara dengan berjaya.
8. Penasihat Kewangan
Ekstrovert mempunyai kelebihan tersendiri apabila membuat keputusan tentang wang, yang menjadikan mereka calon yang ideal untuk kerjaya sebagai penasihat kewangan.
Sebagai penasihat kewangan, anda bertanggungjawab untuk membantu individu dan keluarga dalam mencipta matlamat kewangan dan menunjukkan kepada mereka cara untuk mereka boleh mencapai matlamat tersebut.
Penasihat kewangan perlu mesra dan baik dengan orang, kedua-duanya adalah ciri utama seorang ekstrovert.
9. Jurujual
Jurujual atau wakil jualan sentiasa berinteraksi dengan orang lain, sama ada mereka berkomunikasi dengan bakal pelanggan tentang produk atau perkhidmatan yang mereka jual, bertemu dengan pelanggan sedia ada untuk mengukuhkan hubungan perniagaan dengan pengguna mereka, atau rangkaian untuk membina hubungan.
Kerjaya ini turut melibatkan pameran produk, menjawab soalan tentang syarikat, merundingkan tawaran dan kontrak, bertemu dengan bakal pelanggan dan menghadiri acara rangkaian.
Oleh sebab kerjaya ini banyak melibatkan interaksi dengan orang lain, seorang ekstrovert lebih sesuai untuk pekerjaan ini.
10. Pengurus Pemasaran atau Jualan
Menjadi pengurus pemasaran atau jualan adalah salah satu kerjaya terbaik untuk orang ekstrovert kerana ia melibatkan banyak pergaulan dan rangkaian.
Sebagai pengurus jualan, peranan utamanya adalah untuk mengawasi pasukan jualan dalam syarikat, mengatur latihan dan memastikan pasukannya memenuhi kuota jualan untuk satu tempoh.