Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Panduan»Kemurungan Selepas Bersalin: Punca, Simptom & Rawatan
    Panduan

    Kemurungan Selepas Bersalin: Punca, Simptom & Rawatan

    Iskandar ZulkarnainBy Iskandar Zulkarnain26/09/2020Updated:15/01/20215 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kemurungan selepas bersalin atau turut dikenali kemurungan postpartum adalah penyakit mental yang berlaku melibatkan perubahan emosi, fizikal dan kelakuan selepas bersalin. Masyarakat tempatan turut mengenalinya sebagai meroyan.

    Artikel ini akan membincangkan mengenai apakah punca dan simptom kepada kemurungan selepas bersalin serta rawatan yang boleh diperolehi.

    Kelahiran bayi selalunya akan melibatkan pelbagai perasaan kepada si ibu dan ayah. Ia boleh membawa perasaan positif seperti teruja hingga perasaan negatif seperti takut dan resah. Bahkan yang lebih teruk boleh menyebabkan kemurungan.

    kemurungan selepas bersalin

    Terdapat 3 jenis kategori penyakit mental (kemurungan) yang digunakan untuk menjelaskan perubahan emosi yang dihadapi wanita selepas bersalin.

    1. Gangguan emosi postpartum (“baby blues“)
    2. Kemurungan postpartum (meroyan)
    3. Psikosis postpartum (meroyan)

    Gangguan emosi postpartum biasanya terjadi kepada kebanyakan wanita bersalin. Ia berlaku beberapa hari selepas melahirkan anak dan boleh berlarutan sehingga 1 atau 2 minggu. Gangguan ini biasanya akan pulih selepas 2 minggu dan tidak memerlukan rawatan.

    Kemurungan postpartum ini boleh terjadi beberapa hari atau sebulan selepas melahirkan anak. Kemurungan jenis ini boleh berlaku ketika sebarang kelahiran, tidak tertakluk kepada kelahiran pertama sahaja. Kemurungan ini mengakibatkan gangguan emosi yang lebih teruk berbanding gangguan emosi postpartum.

    Sekiranya kemurungan ini menjejaskan rutin harian dan kehidupan anda, sila dapatkan rawatan dengan segera.

    Psikosis postpartum adalah penyakit mental yang serius. Ia boleh berlaku dengan pantas, kurang daripada 3 bulan selepas bersalin. Wanita yang menghidap psikosis ini akan mengalami halusinasi dan delusi. Wanita yang mengalami psikosis ini memerlukan rawatan dengan segera.

    Punca yang Mencetuskan Kemurungan Selepas Bersalin

    Kemurungan jenis ini berlaku disebabkan banyak faktor, ia boleh disebabkan perubahan fizikal dan emosi. Selain itu, terdapat juga faktor risiko lain yang turut dipercayai menyumbang kepada penyakit mental ini.

    Perubahan fizikal: Selepas bersalin akan berlaku perubahan yang ketara terhadap hormon estrogen dan progesteron dalam kalangan ibu. Selain itu, hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiriod juga turut menurun, akibatnya anda akan berasa penat, tidak aktif dan kemurungan.

    Emosi: Kurang tidur, rasa risau kerana takut tidak dapat menjaga anak baru lahir, rasa kurang menarik atau rasa hilang kawalan terhadap kehidupan anda boleh membawa kepada kemurungan selepas bersalin.

    Faktor Risiko

    Beberapa faktor lain turut menyumbang kepada peningkatan risiko untuk terkena kemurungan postpartum ini termasuklah:

    • Pernah mengalami kemurungan sebelum bersalin.
    • Usia semasa mengandung (semakin muda semakin mudah terdedah).
    • Kurang sokongan sosial.
    • Masalah rumah tangga.
    • Masalah kewangan.
    • Hidup bersendirian.
    • Mengalami kecelaruan bipolar.
    • Mengalami masalah kesihatan.
    • Kehamilan itu tidak dirancang atau tidak dimahukan.

    Simptom-simptom Kemurungan Selepas Bersalin

    Simptom-simptom kemurungan selepas bersalin berbeza daripada keletihan atau emosi biasa selepas bersalin. Kemurungan selepas bersalin ini akan mengganggu fungsi harian anda. Contohnya seperti menjaga anak atau melakukan aktiviti harian.

    Simptom-simptom boleh dilihat beberapa minggu selepas melahirkan anak atau setelah setahun melahirkan anak.

    Antara simptom-simptom atau tanda yang boleh diperhatikan adalah:

    • Anda akan berasa sedih dan banyak menangis walaupun kadang kala tanpa sebab.
    • Anda keletihan tetapi tidak dapat tidur.
    • Anda tidur terlalu banyak, lebih daripada kebiasaan.
    • Anda mengalami perubahan emosi yang tidak stabil.
    • Anda hilang selera makan atau makan terlalu banyak berbanding biasa.
    • Anda berasa sukar untuk mempunyai ikatan (bonding) dengan bayi anda.
    • Anda mengalami keresahan yang teruk dan serangan panik.
    • Anda bimbang bahawa anda bukan ibu yang baik.
    • Anda mudah marah dan terganggu tanpa sebab.
    • Anda sukar untuk fokus atau membuat keputusan.
    • Ahli keluarga atau kawan-kawan perasan yang anda menjauhi mereka.
    • Anda berasa hambar atau tidak berminat terhadap aktiviti yang selama ini anda sukakannya.
    • Rasa ingin mencederakan diri sendiri atau bayi anda.
    • Rasa ingin bunuh diri atau mati.

    Rawatan Kemurungan Selepas Bersalin

    Kemurungan selepas bersalin boleh dirawat mengikut jenis atau kategorinya. Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap keseriusan simptom-simptom yang berlaku.

    Antara rawatan yang boleh didapati bagi penyakit ini termasuklah psikoterapi, ubat-ubatan dan sokongan emosi daripada mereka yang terdekat.

    Rawatan gangguan emosi postpartum (“baby blues“)

    Gangguan emosi postpartum ini biasanya boleh hilang dengan sendirinya dalam beberapa hari atau minggu.

    Namun, dalam proses pemulihan itu anda haruslah mendapatkan:

    • Rehat secukupnya.
    • Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau kawan-kawan.
    • Uruskan diri sendiri.
    • Kekalkan berhubung dengan ibu-ibu yang lain.
    • Jauhi arak dan elakkan penyalahgunaan dadah.

    Rawatan kemurungan postpartum

    Bagi kategori kemurungan postpartum pula, anda boleh mendapatkan rawatan psikoterapi dan ubat-ubatan atau kedua-duanya sekali.

    • Psikoterapi. Psikoterapi dapat membantu anda menghadapi masalah, mengawal perasaan dan mengetahui cara bertindak balas terhadap sesuatu situasi. Bercakap dengan ahli psikiatri atau psikologi dapat membantu anda menghadapi kemurungan yang berlaku.
    • Antidepresi. Ubat antidepresi juga mungkin dicadangkan oleh doktor untuk merawat kemurungan yang terjadi. Ubat antidepresi mungkin mempunyai sedikit kesan sampingan bagi ibu yang menyusu. Berbincanglah dengan doktor sebelum menggunakan ubat ini.

    Rawatan yang beterusan adalah penting bagi mengelakkan kemurungan ini menjadi kemurungan yang kronik. Dapatkan nasihat doktor sebelum menghentikan rawatan.

    Rawatan psikosis postpartum

    Psikosis postpartum adalah kategori penyakit mental yang serius dan memerlukan rawatan segera. Antara rawatan bagi penyakit ini adalah:

    • Ubat-ubatan. Ubat seperti antipsikotik, penstabil emosi dan benzodiazepine mungkin digabungkan untuk mengurangkan simptom-simptom.
    • Terapi elektrokonvulsif (ECT). Sekiranya anda mengalami psikosis postpartum dan simptom-simptom ini tidak berkurangan setelah dirawat dengan ubat-ubatan, doktor mungkin akan mencadangkan terapi elektrokonvulsif.

    Sokongan suami dan ahli keluarga

    Suami harus memainkan peranan dalam membantu pasangan mereka bagi mengelakkan kemurungan ini berlaku. Proses kelahiran itu sahaja telah memenatkan dan sekiranya kemurungan ini terjadi, maka bebanan yang dihadapi oleh si ibu akan bertambah-tambah.

    Sokongan dan bantuan suami atau ahli keluarga dalam menguruskan bayi dan rutin harian sedikit sebanyak boleh membantu pesakit kemurungan postpartum ini.

    Haruslah diingat juga bahawa kemurungan pospartum ini bukanlah kehendak sesiapa dan bukanlah salah sesiapa. Apa yang utama adalah mendapatkan rawatan seawal yang mungkin agar ia tidak menjadi kronik.

    Rumusan

    Kemurungan selepas bersalin adalah penyakit mental yang boleh dirawat dan diuruskan. Ia boleh terjadi kepada 10-20% wanita bersalin.

    Terdapat 3 jenis kemurungan selepas bersalin iaitu gangguan emosi postpartum (baby blues), kemurungan postpartum (meroyan) dan psikosis postpartum (meroyan).

    Rawatan yang dijalankan bergantung kepada simptom-simptom dan tahap kemurungan yang berlaku. Selain itu, adalah penting untuk mendapatkan rawatan daripada pakar atau ahli psikologi yang berpengalaman bagi menjamin rawatan dan konsultasi yang bertepatan.

    Rujukan
    • Mayo Clinic Staff.2018. Postpartum depression. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/symptoms-causes/syc-20376617 [diakses pada 25 September 2020].
    • Michael W. Smith. 2020. Postpartum depression. https://www.webmd.com/depression/guide/postpartum-depression#1 [diakses pada 25 September 2020].
    • Office On Women Health. Postpartum depression. https://www.womenshealth.gov/mental-health/mental-health-conditions/postpartum-depression [25 September 2020].
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    24 Ciri-ciri Kecelaruan Bipolar Yang Mudah Disalah Tafsir

    By KlinikMinda

    5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

    By KlinikMinda

    Cara Solat Dhuha dan Doa Dhuha: Rahsia Murah Rezeki

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.