Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Jenis-jenis»Kemurungan (Depresi): Ketahui Punca, Gejala dan Rawatan
    Jenis-jenis

    Kemurungan (Depresi): Ketahui Punca, Gejala dan Rawatan

    Iskandar ZulkarnainBy Iskandar Zulkarnain29/07/2020Updated:15/01/20214 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kemurungan atau kecelaruan episod kemurungan major atau kemurungan klinikal adalah kecelaruan mental yang biasa berlaku. Menurut WHO, terdapat lebih 264 juta orang di semua peringkat umur di seluruh dunia mengalami kemurungan.

    Kemurungan atau depresi dikategorikan sebagai kecelaruan emosi yang melibatkan rasa sedih, putus harapan dan kemarahan. Kemurungan biasanya akan memberi kesan kepada aktiviti harian, prestasi kerja dan perhubungan bagi penghidapnya. Malah, ia turut memberi kesan secara negatif terhadap bagaimana cara anda rasa, berfikir dan bertindak.

    Seseorang yang mempunyai penyakit atau masalah kesihatan juga akan mendapat kesan yang lebih teruk sekiranya mengalami kemurungan. Antara masalah kesihatan yang mudah terkesan adalah:

    • Asma
    • Kanser
    • Diabetes
    • Obesiti
    • Penyakit kardiovaskular
    • Artritis

    Adakah semua kesedihan adalah kemurungan?Tidak. Adalah normal untuk seseorang itu kadang kalanya berasa sedih atau kecewa dalam kehidupan mereka. Untuk seseorang itu didiagnos sebagai menghidapi masalah kemurungan adalah mereka menunjukkan simptom-simptom kemurungan lebih dari 2 minggu.

    Jenis-jenis

    Berdasarkan simptom-simptom yang dialami, episod kemurungan boleh dikelaskan kepada biasa, sederhana dan teruk. Terdapat sedikit perbezaan antara kemurungan yang berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor yang berbeza.

    Contohnya seperti:

    • Kecelaruan kemurungan berulang-ulang. Kecelaruan ini melibatkan episod kemurungan yang berulang-ulang.
    • Kecelaruan bipolar. Depresi jenis ini selalunya melibatkan dua episod iaitu episod mania dan episod kemurungan.

    kemurungan atau depresi

    Gejala atau Simptom-simptom Kemurungan

    Anda mungkin mengalami kemurungan sekiranya anda mengalami gejala atau simptom-simptom berikut hampir setiap hari dan sekurang-kurangnya selama 2 minggu.

    • Rasa sedih yang berterusan
    • Rasa keresahan dan ‘kosong’
    • Rasa putus asa
    • Rasa bersalah dan tidak berguna
    • Tidak lagi berminat akan aktiviti atau hobi yang biasa dilakukan
    • Keletihan atau tidak bermaya
    • Sukar untuk tidur atau terlebih tidur
    • Perubahan pada selera makan
    • Perubahan pada mendadak pada berat badan
    • Sukar untuk memberi tumpuan atau membuat keputusan
    • Sering lupa
    • Selalu berfikir untuk membunuh diri atau cuba untuk membunuh diri
    • Sakit kepala, kekejangan atau masalah penghadaman tanpa sebab yang jelas dan tidak pulih walaupun setelah dirawat
    • Lambat bertindak balas (bercakap, berfikir dan pergerakan)

    Pada asasnya, kanak-kanak dan remaja yang mengalami kemurungan akan mengalami simptom-simptom yang sama seperti orang dewasa. Cuma, terdapat sedikit perbezaan seperti:

    Kanak-kanak

    • Kesedihan atau kerap menangis
    • Mudah marah
    • Bimbang atau risau
    • Sakit
    • Suka berpaut
    • Turun berat badan atau tidak cukup berat
    • Tidak mahu ke sekolah
    • Menjauhi rakan-rakan atau adik-beradik

    Remaja

    • Kesedihan
    • Mudah marah
    • Berfikir negatif
    • Kehadiran ke sekolah merosot
    • Sangat sensitif
    • Makan atau tidur terlalu banyak
    • Cubaan untuk mencederakan diri sendiri
    • Tidak berminat untuk melakukan aktiviti harian yang selalu dilakukan
    • Menjauhi aktiviti sosial

    Faktor yang Menyumbang Kepada Kemurungan

    Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kecelaruan mental ini. Kemurungan boleh berpunca daripada interaksi kompleks antara faktor genetik, biologi,psikologi dan persekitaran.

    Penyakit ini boleh berlaku di semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta orang tua.

    Beberapa keadaan atau peristiwa yang menjadi faktor risiko termasuklah:

    • Sejarah keluarga yang pernah mengalami penyakit yang sama
    • Trauma dan tekanan
    • Masalah kesihatan
    • Mengalami satu peristiwa yang besar dalam hidup seperti kehilangan kerja dan kehilangan orang tersayang
    • Perubahan hormon dalam badan

    Terapi dan Rawatan

    Kemurungan boleh dirawat walaupun bagi kes yang teruk. Apa yang penting adalah mendapatkan rawatan seawal mungkin. Jangan biarkan penyakit ini terus menjadi beban dalam hidup anda.

    Psikoterapi dan ubat-ubatan boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Sekiranya dua rawatan ini tidak berjaya, terdapat rawatan lain yang boleh dimanfaatkan seperti terapi rangsangan otak dan terapi cahaya.

    Rawatan perubatan

    Doktor mungkin preskripkan ubat-ubat berikut:

    • Ubat antidepresi
    • Ubat antikeresahan
    • Ubat antipsikotik

    Psikoterapi

    Terapi ini melibatkan terapi perbualan atau percakapan dengan ahli terapi atau kaunselor. Terapi ini juga turut dikenali sebagai terapi psikologi.

    Antara jenis-jenis psikoterapi yang boleh merawat penyakit ini termasuklah:

    • Terapi kelakuan kognitif
    • Terapi interpersonal
    • Terapi penyelesaian masalah

    Terapi Rangsangan Otak

    Sekiranya rawatan lain tidak mampu untuk mengurangkan simptom-simptom depresi, terapi elektrokonvulsif (ECT) boleh dicuba. Terapi ini dikatakan boleh melegakan keadaan depresi yang teruk.

    Terapi rangsangan otak yang lain yang boleh digunakan untuk merawat depresi ini termasuklah repetitive transcranial magnetic stimulation (rTMS) dan vagus nerve stimulation (VNS).

    Kaedah Alternatif

    Beberapa perubahan dalam kehidupan harian penghidap depresi sebenarnya boleh memberi impak yang positif. Antara aktiviti atau perkara yang boleh dilakukan adalah:

    • Bersenam. Melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit 3 hingga 5 hari seminggu dapat menambah baik emosi seseorang kerana senaman boleh meningkatkan penghasilan hormon endorfin.
    • Jauhi bahan terlarang. Jauhi barang terlarang seperti dadah dan arak. Dadah dan arak mungkin melegakan buat sementara waktu, tetapi pada jangka masa panjang bahan-bahan ini akan menyebabkan gejala depresi dan keresahan semakin teruk.
    • Jaga kebajikan diri sendiri. Amalkan kehidupan yang sihat seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi, bersenam atau melakukan hobi yang diminati seperti berkebun atau memelihara haiwan peliharaan.

    Rujukan
    • National Institute of Mental Health. 2018. Depression. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/depression/index.shtml [diakses pada 28 Julai 2020].
    • WHO. 2020. Depression. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/depression [diakses pada 28 Julai 2020].
    • Valencia Higuera & Kimberly Holland. 2020. Everything You Want to Know About Depression. https://www.healthline.com/health/depression [diakses pada 28 Julai 2020].
    • Mayo Clinic Staff. 2018. Depression (major depressive disorder). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/depression/diagnosis-treatment/drc-20356013 [diakses pada 28 Julai 2020].
    • Ranna Parekh. 2017. What is Depression? https://www.psychiatry.org/patients-families/depression/what-is-depression [diakses pada 28 Julai 2020].
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Ketagihan Arak (Alkohol): Simptom, Komplikasi dan Rawatan

    26/03/2021

    Rawatan Islam Untuk Bipolar: Doa dan Kaedah Rawatan Lain

    24/03/2021

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    Zikir Harian: Menenangkan Jiwa Yang Resah

    By KlinikMinda

    20 Mutiara Kata Kehidupan dan Motivasi

    By KlinikMinda

    Cara Solat Tahajjud: Kaedah Menenteramkan Jiwa

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.