KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

    12/08/2022

    Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

    26/07/2022

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Penyakit Mental»Kecelaruan Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Penyakit Mental

Kecelaruan Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak

By KlinikMindaUpdated:02/07/2022

Kecelaruan pembelajaran atau gangguan pembelajaran merupakan kecelaruan perkembangan neuro yang bermula semasa alam persekolahan. Dalam istilah perubatan, kecelaruan ini dikenali sebagai kecelaruan pembelajaran spesifik.

Menurut American Psychiatric Association, dianggarkan sebanyak 5-15% kanak-kanak bergelut dengan masalah pembelajaran. Manakala, 80% daripada kanak-kanak yang mengalami kecelaruan pembelajaran mengalami gangguan pembacaan.

Selain itu, kira-kira satu pertiga daripada golongan yang mengalami kesukaran pembelajaran dianggarkan turut mengalami gangguan kurang tumpuan atau hiperaktif (ADHD).

Mengalami kecelaruan pembelajaran bermakna seseorang kanak-kanak itu mengalami kesukaran dalam satu atau lebih bidang pembelajaran walaupun kecerdasan atau motivasi secara keseluruhannya tidak terjejas.

kecelaruan pembelajaran

Antara contoh kecelaruan pembelajaran adalah:

  • Kesukaran membaca (disleksia)
  • Kesukaran menulis atau ekspresi penulisan (disgrafia)
  • Kesukaran dengan matematik (diskalkulia)
  • Kesukaran ekspresi lisan
  • Kesukaran pendengaran komprehensif

Simptom-simptom Kecelaruan Pembelajaran

Antara beberapa simptom yang boleh diperhatikan bagi kanak-kanak yang mengalami kecelaruan pembelajaran adalah:

  • Mengalami kesukaran untuk memberitahu kanan atau kiri
  • Mengalami kesukaran untuk mengenalpasti corak atau menyusun objek mengikut saiz atau bentuk
  • Membalikkan huruf, nombor atau perkataan, selepas darjah 1 atau 2
  • Mengalami kesukaran untuk memahami atau menuruti arahan
  • Mengalami kesukaran untuk mengingati apa yang baru sahaja dikatakan atau dibaca
  • Mengalami kesukaran untuk melakukan sesuatu tugasan menggunakan tangan seperti menulis, melukis atau memotong (menggunting)
  • Mengalami kesukaran untuk memahami konsep masa
  • Kekurangan koordinasi semasa bergerak

Kanak-kanak yang mengalami kecelaruan pembelajaran ini mungkin berasa kecewa kerana tidak dapat menguasai sesuatu pelajaran walaupun telah berusaha keras dan mungkin akan bertindak seperti bertindak tidak berdaya, atau menarik diri.

Punca

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kecelaruan pembelajaran. Faktor-faktor ini termasuklah:

  • Keturunan atau sejarah keluarga. Sejarah keluarga yang mempunyai kecelaruan pembelajaran meningkatkan risiko untuk kanak-kanak tersebut turut membentuk kecelaruan ini.
  • Risiko pranatal atau neonatal. Perkembangan dalam rahim yang tidak baik, terdedah kepada alkohol atau dadah sebelum lahir, lahir pramatang atau berat lahir rendah dikaitkan dengan kecelaruan pembelajaran.
  • Kecederaan fizikal. Kecederaan kepala atau sistem saraf boleh memainkan peranan dalam perkembangan kecelaruan pembelajaran.
  • Trauma psikologi. Penderaan semasa kecil boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak.
  • Faktor persekitaran. Terdedah kepada pencemaran toksin seperti plumbum boleh meningkatkan risiko kecelaruan pembelajaran.

Diagnosis

Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM-5), untuk seseorang kanak-kanak itu didiagnosis sebagai mengalami kecelaruan pembelajaran mereka mestilah memenuhi 4 kriteria berikut:

1. Mengalami satu atau lebih simptom-simptom berikut sekurang-kurangnya selama 6 bulan walaupun telah dibantu.

  • Kesukaran membaca
  • Kesukaran memahami maksud perkara yang dibaca
  • Kesukaran mengeja
  • Kesukaran dengan ekspresi bertulis
  • Kesukaran memahami konsep nombor, fakta nombor atau pengiraan
  • Kesukaran dengan matematik (seperti menggunakan konsep matematik atau menyelesaikan masalah matematik)

2. Mempunyai kemahiran akademik yang rendah daripada yang sepatutnya bagi usia tersebut dan menyebabkan masalah di sekolah, tempat kerja atau aktiviti harian.

3. Kesukaran pembelajaran bermula pada zaman persekolahan tetapi tidak dapat dilihat sepenuhnya sehinggalah keperluan terhadap kemahiran akademik yang terjejas tersebut melebihi had kapasiti individu tersebut (Contohnya seperti dalam ujian masa, membaca atau menulis laporan yang panjang dan kompleks dalam batas waktu yang terhad atau beban akademik yang berlebihan).

4. Kesukaran pembelajaran adalah tidak disebabkan keadaan lain seperti kecacatan intelektual, masalah pendengaran atau penglihatan, gangguan mental atau neurologi, kekurangan dari segi ekonomi atau persekitaran, kekurangan arahan, kesukaran bertutur atau memahami bahasa.

Diagnosis ini dilakukan berdasarkan gabungan pemerhatian, temuduga, sejarah keluarga dan laporan sekolah.

Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami kecelaruan atau gangguan pembelajaran ini memerlukan pertolongan yang lebih dan arahan yang khusus kepada mereka.

Kanak-kanak yang mengalami gangguan pembelajaran ini juga layak untuk dimasukkan ke kelas pendidikan khas yang turut ada dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Penilaian oleh pakar diperlukan sekiranya terdapat kegusaran mengenai emosi dan tingkah laku kanak-kanak yang mengalami masalah ini.

Rujukan
  • Centers for Disease Control and Prevention. (2021). Learning Disorders in Children. CDC.
  • American Psychiatric Association: Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition. Arlington, VA, American Psychiatric Association, 2013.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

12/08/2022

Senarai Pusat Terapi Pertuturan Kanak-kanak di Malaysia

05/08/2022

Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

26/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.