Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Jenis-jenis»Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
    Jenis-jenis

    Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)

    Iskandar ZulkarnainBy Iskandar Zulkarnain09/09/2020Updated:15/01/20213 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kecelaruan Obsesif Kompulsif atau lebih dikenali sebagai OCD ialah penyakit mental yang menyebabkan fikiran atau sensasi yang tidak diingini berulang (obsesi) atau dorongan untuk melakukan sesuatu berulang kali (kompulsi). Sesetengah orang mempunyai kedua-duanya iaitu obsesi dan kumpulsi.

    Penghidap OCD biasanya ingin mengabaikan obsesi mereka. Tetapi tindakan itu hanya membawa kepada rasa tertekan dan keresahan. Akhirnya, mereka terdorong untuk melakukan tindakan kompulsif (paksaan) untuk mengurangkan rasa tertekan mereka.

    Menjadi kebiasaan apabila seseorang itu memeriksa dua kali suis ditutup atau tidak, pintu dikunci atau tidak. Kelakuan biasa untuk memastikan keadaan selamat. Tetapi tidak bagi penghidap OCD, mereka akan melakukannya berulang-ulang kali walaupun mereka tidak menginginkannya.

    OCD biasanya berpaksikan sesuatu tema. Contohnya seperti rasa takut pada kotoran dan kuman secara melampau. Oleh itu, mereka secara paksa (kompulsif) membasuh tangan sehingga sakit atau luka.

    kecelaruan obsesif kompulsif ocd

    Simptom-simptom Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)

    Pemikiran obsesif atau kelakuan kompulsif yang melibatkan OCD biasanya berlaku lebih dari satu jam sehari dan mengganggu kehidupan harian.

    Obsesi

    Obsesi adalah pemikiran berulang, berterusan dan tidak diingini, dorongan atau gambaran yang menganggu dan menyebabkan kesusahan atau keresahan. Obsesi ini akan menceroboh apabila pesakit berfikir atau ingin melakukan perkara lain.

    Gejala atau simptom obsesi berkisar akan tema-tema berikut:

    a) Takut akan kotoran dan kuman.

    Contohnya, takut tangan akan kotor jika menyentuh objek yang telah dipegang oleh orang lain.

    b) Pemikiran agresif terhadap orang lain atau diri sendiri.

    Contohnya, bertindak tidak wajar di khalayak ramai.

    c) Mengehendaki benda yang simetri atau disusun sempurna.

    Contohnya, stres atau tertekan jika melihat objek tidak disusun dengan teratur atau mengadap ke arah tertentu.

    d) Keraguan dan sukar bertolak ansur dengan ketidakpastian.

    Contohnya, was-was atau ragu-ragu sama ada telah mengunci pintu atau menutup suis lampu atau belum.

    Kompulsi

    Kumpulsi ini pula adalah kelakuan yang berulang-ulang yang pesakit rasa terdorong untuk melakukannnya. Kelakuan ini adalah untuk mengurangkan keresahan akibat obsesi atau bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku.

    Gejala atau simptom kompulsi berkisar akan tema-tema berikut:

    a) Membasuh dan membersih.

    Contohnya, membasuh tangan sehingga luka.

    b) Memeriksa

    Contohnya, memeriksa pintu berulang kali untuk memastikan pintu itu dikunci.

    c) Tertib

    Contohnya, menyusun gelas mengadap pada satu arah tertentu sahaja.

    Rawatan dan Terapi Kecelaruan Obsesif Kompulsif

    Kebiasaannya,rawatan kepada kecelaruan ini melibatkan psikoterapi dan ubat-ubatan. Gabungan kedua-dua kaedah ini selalunya yang paling berkesan.

    Kadang-kala penghidap OCD turut menghidapi kecelaruan mental yang lain seperti keresahan, kemurungan dan kecelaruan dismorfik tubuh.

    Ubat-ubatan

    Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) adalah antara ubat yang boleh membantu mengurangkan simptom-simptom OCD.

    Ubat antidepresi juga boleh membantu bagi membantu mengurangkan simptom yang berkaitan dengan kemurungan dan OCD.

    Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa ubat antipsikotik bertindak balas dengan baik dalam membantu mengawal simptom-simptom pesakit OCD. Namun, kajian keberkesanannya masih bercampur-campur.

    Psikoterapi

    Terapi tingkah laku kognitif (CBT) adalah antara terapi yang berkesan kepada kebanyakan pesakit OCD. Pencegahan pendedahan dan tidak balas adalah salah satu jenis terapi CBT yang mendedahkan pesakit kepada situasi yang boleh menyebabkan kompulsif tetapi dicegah daripada bertindak seperti biasa.

    Kaedah ini boleh mengurangkan kelakuan kompulsif dalam kalangan pesakit OCD.

    Penyebab Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)

    Penyebab sebenar kepada OCD adalah tidak diketahui. Tetapi pengkaji percaya bahawa OCD ini disebabkan oleh sesetengah bahagian otak tidak bertindak balas secara normal terhadap serotonin.

    Genetik juga dipercayai turut menyumbang kepada OCD. Sekirannya, ada ahli keluarga menghidap OCD,terdapat potensi untuk ahli keluarga lain turut menghidapi OCD.

    Rujukan
    • National Institute of Mental Health. 2019. Obsessive-Compulsive Disorder. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/obsessive-compulsive-disorder-ocd/index.shtml [diakses pada 9 September 2020].
    • Mayo Clinic Staff. 2020. Obsessive-compulsive disorder (OCD). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obsessive-compulsive-disorder/symptoms-causes/syc-20354432 [diakses pada 9 September 2020].
    • Dana Robinson. 2020. Everything You Want to Know About Obsessive Compulsive Disorder. https://www.healthline.com/health/ocd/social-signs [diakses pada 9 September 2020].
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Ketagihan Arak (Alkohol): Simptom, Komplikasi dan Rawatan

    26/03/2021

    Kecelaruan Keresahan Menyeluruh: Simptom & Rawatan

    12/02/2021

    Kecelaruan Spektrum Autisme: Apa Yang Anda Perlu Tahu

    11/09/2020

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    55 Kata-kata Semangat Dan Motivasi Untuk Kehidupan

    By Iskandar Zulkarnain

    Doa Tenangkan Hati dan Perasaan: Amalkan Doa Ini

    By Iskandar Zulkarnain

    Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.