Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Jenis-jenis»Kecelaruan Makan: Jenis dan Simptom-simptom
    Jenis-jenis

    Kecelaruan Makan: Jenis dan Simptom-simptom

    Iskandar ZulkarnainBy Iskandar Zulkarnain05/09/2020Updated:15/01/20215 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kecelaruan makan mungkin selalu disalah erti sebagai salah satu pilihan gaya hidup. Sebaliknya, kecelaruan makan adalah satu penyakit mental yang serius. Ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan atau yang lebih teruk adalah kematian.

    Selain melibatkan makanan, kecelaruan makan turut melibatkan emosi dan pemikiran. Mereka yang terlampau taksub dengan makanan, berat badan dan bentuk badan mungkin berisiko tinggi mengalami kecelaruan makan.

    Anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan gelojoh adalah antara kecelaruan makan yang paling kerap berlaku.

    kecelaruan makan

    Jenis dan Simptom Kecelaruan Makan

    Terdapat 4 jenis kecelaruan makan yang biasa berlaku. Kenalpasti simptom-simptom ini untuk mengetahui jika ada dalam kalangan ahli keluarga atau kenalan terdekat anda menghidapi kecelaruan makan.

    1. Anoreksia nervosa

    Anoreksia nervosa ialah keadaan yang mengakibatkan seseorang itu tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan boleh membawa maut. Mereka sentiasa merasakan mereka gemuk walaupun mereka sangat kurus.

    Penghidap anoreksia nervosa ini juga mempunyai tingkah laku yang agak pelik seperti:

    • Kerap kali menimbang berat badannya.
    • Makan dengan jumlah yang amat sedikit.
    • Kerap bersenam secara melampau.
    • Memaksa diri untuk muntah atau menggunakan laksatif untuk menurunkan berat badan.

    Kecelaruan makan jenis anoreksia nervosa ini mengakibatkan kematian yang tertinggi berbanding penyakit mental yang lain.

    Simptom-simptom

    • Terlalu menghadkan makan.
    • Terlampau kurus (kurus kering).
    • Keengganan untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan normal.
    • Amat takut jika berat badan naik.

    Sekiranya kecelaruan ini berlarutan, simptom-simptom berikut mungkin akan berlaku:

    • Kerosakan otak.
    • Kegagalan pelbagai organ dalaman.
    • Tulang mereput (osteoporosis).
    • Jantung menjadi rosak.
    • Kuku dan rambut menjadi rapuh.
    • Berasa letih sepanjang masa.
    • Tidak subur.
    • Tekanan darah rendah.
    • Sembelit yang teruk.
    • Tumbuh bulu-bulu halus diseluruh tubuh.
    • Suhu badan menjadi rendah.

    2. Bulimia nervosa

    Bulimia nervosa pula adalah gangguan makan yang dikaitkan dengan pengambilan jumlah makanan yang banyak pada satu-satu masa.

    Gangguan ini turut diikuti oleh kelakuan menyingkirkan makanan dengan memuntahkannya secara sengaja, menggunakan laksatif atau bersenam secara berlebihan.

    Terdapat penghidap bulimia nervosa yang kekurangan berat badan, mempunyai berat yang normal atau berat badan berlebihan.

    Seperti anoreksia, bulimia nervosa mula terbentuk semasa usia remaja dan awal dewasa. Ia lebih sering terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

    Simptom-simptom

    • Sakit tekak (kerongkong) atau radang yang kronik pada kerongkong.
    • Bengkak kelenjar air liur di bahagian leher dan rahang.
    • Masalah asid refluks dan usus.
    • Dehidrasi akibat penyingkiran cecair.
    • Ketidakseimbangan elektrolit (boleh membawa kepada strok atau serangan jantung).
    • Episod makan gelojoh yang berulang-ulang dan kurang mampu untuk mengawalnya.
    • Keyakinan diri yang terlampau dipengaruhi oleh bentuk badan dan berat badan.
    • Rasa takut jika berat badan naik walaupun hakikatnya berat badan adalah normal.

    3. Gangguan makan gelojoh (binge-eating disorder)

    Gangguan makan gelojoh ini adalah gangguan makan yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan bulimia nervosa, tetapi tanpa penyingkiran makanan secara paksa atau tingkah laku tambahan yang lain.

    Mereka yang mempunyai gangguan makan gelojoh ini biasanya kerap makan dengan banyak dan gagal untuk mengawalnya. Golongan ini juga biasanya makan dengan cepat atau makan walaupun telah terlampau kenyang.

    Selepas makan terlalu banyak, mereka akan berasa bersalah, malu atau meluat dengan kelakuan tersebut. Rasa malu ini juga menyebabkan golongan ini memilih untuk makan seorang diri.

    Kesannya, golongan makan gelojoh ini biasanya terlebih berat badan atau obes.

    Simptom-simptom

    • Makan pada kuantiti yang banyak pada sela masa tertentu.
    • Makan walaupun telah kenyang atau tidak lapar.
    • Makan laju semasa episod makan gelojoh.
    • Makan sehingga terlampau kenyang.
    • Makan seorang diri bagi mengelakkan rasa malu.
    • Rasa bersalah, malu dan tertekan akibat tabiat makan tersebut.
    • Selalu berdiet tetapi berkemungkinan tanpa kehilangan berat badan.
    • Tidak bertingkahlaku seperti muntah secara paksa, bersenam secara berlebihan, atau menggunakan laksatif untuk mengimbangi kegelojohan makan tersebut.

    4. Gangguan Ruminasi

    Gangguan ruminasi adalah kecelaruan makan yang baru dikenalpasti.

    Ia melibatkan seseorang itu mengeluarkan semula makanan yang telah ditelan kemudian mengunyahnya semula atau menelan semula atau membuangnya.

    Ruminasi ini biasanya berlaku 30 minit selepas makan. Berbeza dengan keadaan asid refluks yang berlaku dengan sendirinya.

    Gangguan ini boleh berlaku pada semua peringkat umur. Bagi bayi atau anak kecil, ruminasi ini boleh terjadi antara umur 3 hingga 12 bulan dan biasanya pulih dengan sendirinya.

    Bagi golongan dewasa yang menghidap gangguan ini, mereka akan mengurangkan pengambilan makanan sehingga menyebabkan mereka kurang berat badan dan malnutrisi.

    Terapi dan Rawatan

    Adalah penting bagi mereka yang mengalami kecelaruan makan untuk mendapatkan rawatan. Golongan ini berisiko tinggi untuk bertindak membunuh diri atau menghadapi masalah kesihatan.

    Golongan ini juga selalunya turut mengalami gangguan mental yang lain seperti kemurungan dan keresahan.

    Antara pilihan rawatan atau terapi yang boleh didapati adalah seperti berikut:

    Psikoterapi

    Psikoterapi boleh membantu anda dan ahli keluarga menukar gaya hidup lama kepada gaya hidup yang lebih sihat.

    • Terapi berasaskan keluarga: Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami kecelaruan makan. Ia melibatkan ahli keluarga bagi memastikan mereka mematuhi pemakanan yang sihat dan mengekalkan berat badan yang sihat.
    • Terapi tingkahlaku kognitif: Terapi ini biasanya digunakan untuk merawat mereka yang menghadapi bulimia dan gengguan makan gelojoh. Kaedah ini akan mendidik anda untuk menambah baik emosi dan mengawal tabiat makan. Selain itu, ia turut melatih anda dalam menyelesaikan masalah dan berhadapan dengan situasi yang tegang atau stres.

    Ubat-ubatan

    Beberapa jenis ubat yang boleh membantu mengawal keinginan untuk makan gelojoh atau menyingkirkan makanan adalah seperti ubat antidepresi, antikeresahan dan penstabil emosi.

    Kaunseling Nutrisi

    Kaunseling nutrisi boleh membantu pesakit dalam menguruskan pengambilan nutrisi yang bersesuai dengan mereka disamping membentuk tabiat pemakanan yang sihat.

    Rujukan
    • National Institute of Mental Health. 2016. Eating Disorders. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/eating-disorders/index.shtml [diakses pada 4 September 2020].
    • Nagl, M., Jacobi, C., Paul, M., Beesdo-Baum, K., Höfler, M., Lieb, R., & Wittchen, H. U. (2016). Prevalence, incidence, and natural course of anorexia and bulimia nervosa among adolescents and young adults. European child & adolescent psychiatry, 25(8), 903–918. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26754944/
    • Talley N. J. (2011). Rumination syndrome. Gastroenterology & hepatology, 7(2), 117–118.
    • Mayo Clinic Staff. 2018. Eating disorders. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/eating-disorders/symptoms-causes/syc-20353603 [diakses pada 5 September 2020].
    • Aline Petre. 2019. 6 Common Types of Eating Disorders (and Their Symptoms). https://www.healthline.com/nutrition/common-eating-disorders [diakses pada 5 September 2020].
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Ketagihan Arak (Alkohol): Simptom, Komplikasi dan Rawatan

    26/03/2021

    Kecelaruan Keresahan Menyeluruh: Simptom & Rawatan

    12/02/2021

    Kecelaruan Spektrum Autisme: Apa Yang Anda Perlu Tahu

    11/09/2020

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    Kecelaruan Spektrum Autisme: Apa Yang Anda Perlu Tahu

    By Iskandar Zulkarnain

    Kemurungan Selepas Bersalin: Punca, Simptom & Rawatan

    By Iskandar Zulkarnain

    Fobia Sosial (Kecelaruan Keresahan Sosial)

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.