Kecelaruan disforia prahaid atau dalam Inggerisnya premenstrual dysphoric disorder (PMDD) adalah satu bentuk sindrom pramenstruasi (PMS) yang lebih serius. PMS menyebabkan kembung perut, sakit kepala dan kelembutan payudara seminggu atau 2 minggu sebelum haid.
Manakala jika dengan kecelaruan disforia prahaid, pesakit mungkin akan turut mengalami simptom-simptom PMS berserta kemurungan, keresahan dan ketidakselesaan yang ekstrem.
Kira-kira 20-40% perempuan dan wanita mengalami simptom-simptom sindrom pramenstruasi (PMS) yang teruk dan lebih teruk. Manakala, 3-8% daripadanya mengalami simptom-simptom yang menghalang mereka daripada berfungsi seperti biasa dan ia dikenali sebagai kecelaruan disforia prahaid (PMDD).
Siapa yang Boleh Mengalami Kecelaruan Disforia Prahaid?
Mereka yang lebih cenderung untuk mengalami PMDD ini adalah mereka yang:
- Mengalami PMS
- Mengalami keresahan atau kemurungan
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap PMS, PMDD atau gangguan mood
Punca
Pakar tidak pasti kenapa sesetengah wanita boleh mendapat PMDD ini. Tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyumbang kepada berlakunya PMDD.
Antaranya adalah:
- Penurunan paras hormon estrogen dan progesteron selepas ovulasi dan sebelum haid
- Peranan hormon serotonin (hormon yang mengawal emosi, rasa lapar dan tidur)
- Pernah mengalami peristiwa trauma pada masa lalu
- Merokok
- Obesiti
Simptom-simptom Kecelaruan Disforia Prahaid
Bagi PMDD dan PMS, simptom-simptom atau gejala biasanya bermula 7 hingga 10 hari sebelum haid dan berterusan beberapa hari pada awal permulaan haid.
Selain simptom-simptom PMS, pesakit PMDD turut akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:
- Cepat marah atau meragam
- Keresahan
- Serangan panik
- Kemurungan
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Keletihan atau kurang tenaga
- Mengidam atau makan gelojoh
- Sakit kepala
- Insomnia
- Perubahan angin (mood)
- Tidak berminat dengan aktiviti normal
- Berasa terharu atau tidak terkawal
- Payudara bengkak atau kelembutan
- Sakit sendi atau otot
- Berasa kembung perut
Diagnosis
Untuk didiagnosis menghidap kecelaruan disforia prahaid (PMDD), ahli profesional kesihatan akan melihat kepada 5 atau lebih simptom-simptom PMDD termasuk simptom berkaitan dengan angin (mood).
PMDD dikelaskan dibawah kecelaruan kemurungan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM-5) sebagai entiti berbeza dengan kriteria-kriteria untuk diagnosis seperti berikut:
- Mengalami sekurang-kurangnya 5 simptom daripada 11 simptom berikut (termasuk sekurang-kurangnya 1 daripada 4 yang terawal):
- Tanda kemurungan, berasa putus asa atau mencela diri sendiri yang ketara
- Tanda keresahan, tension, perasaan seperti “dikunci” atau “ditepi” yang ketara
- Kelabilan efektif yang ketara
- Cepat marah atau meragam yang ketara dan berterusan atau peningkatan konflik interpersonal
- Penurunan minat terhadap aktiviti harian
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Kelesuan, mudah keletihan atau kekurangan tenaga yang ketara
- Perubahan selesa makan, terlebih makan atau mengidam sesuatu makanan yang ketara
- Insomnia atau hipersomnia
- Rasa terharu atau diluar kawalan
- Simptom-simptom fizikal yang lain seperti sakit sendi, sakit kepala, payudara bengkak dan lembut atau kenaikan berat badan
- Simptom-simptom benar-benar teruk untuk mengganggu fungsi sosial, pekerjaan, seksual atau persekolahan
- Simptom-simptom berkaitan dengan kitaran haid secara berasingan dan mestilah bukan pertambahan keterukan simptom-simptom kecelaruan lain seperti kecelaruan kemurungan, kecelaruan panik dan sebagainya.
- Kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas mestikan dipastikan melalui penilaian harian sekurang-kurangnya 2 kitaran haid yang bergejala.
Rawatan Kecelaruan Disforia Prahaid
Rawatan kepada kecelaruan disforia prahaid adalah menjurus ke arah mencegah atau mengurangkan gejala atau simptom yang mungkin berlaku.
- Ubat antidepresi. Diberikan untuk mengawal selia paras hormon serotonin otak.
- Pil perancang. Bagi mengurangkan simptom-simptom PMS dan PMDD.
- Makanan tambahan (suplemen). Pengambilan kalsium sebanyak 1200mg sehari boleh mengurangkan simptom-simptom PMS dan PMDD. Vitamin B6 dan L-trytophan juga boleh membantu.
- Diet dan cara hidup. Senaman yang kerap boleh membantu mengurangkan simptom-simptom PMS. Berhenti merokok, minum arak dan minuman berkafein juga boleh mengurangkan simptom-simptom. Dapatkan tidur yang cukup dan elakkan situasi yang memberikan tekanan juga boleh membantu.
Rujukan
- Mishra S, Elliott H, Marwaha R. Premenstrual Dysphoric Disorder. [Updated 2021 Sep 5]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2021 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK532307/
- Cleveland Clinic. (2020). Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD).
- Burnett, T. (2021). Premenstrual dysphoric disorder: Different from PMS? MayoClinic.
- American Psychiatric Association: Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition. Arlington, VA, American Psychiatric Association, 2013.