Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Jenis-jenis»Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
    Jenis-jenis

    Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)

    Iskandar ZulkarnainBy Iskandar Zulkarnain27/07/2020Updated:15/01/20216 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kecelaruan bipolar yang sebelum ini dikenali sebagai kemurungan manik adalah kecelaruan mental yang menyebabkan perubahan ketara pada emosi, tenaga, tumpuan, kadar aktiviti dan keupayaan untuk menjalani tugasan harian.

    Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar akan menunjukkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Ada masanya mereka akan berasa sangat gembira dan bertenaga dan ada masanya mereka berasa sangat sedih dan rasa tidak berguna. Keadaan ini dikenali sebagai episod manik dan kemurungan.

    Manik atau mania adalah bentuk gangguan mental yang dicirikan dengan kelakuan yang tidak terkawal. Dalam keadaan episod mania, golongan bipolar ini akan berasa gembira yang berlebihan, bertenaga, terlampau teruja dan boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah atau delusi.

    kecelaruan bipolar

    Jenis Kecelaruan Bipolar

    Terdapat 3 jenis kecelaruan bipolar. Ketiga-tiganya melibatkan tahap perubahan emosi, tenaga dan aktiviti.

    1. Kecelaruan bipolar I

    Kecelaruan jenis ini dicirikan oleh episod manik yang boleh berterusan sehingga seminggu. Episod kemurungan juga turut boleh berlaku yang kebiasaannya boleh berterusan sehingga 2 minggu.

    Episod kemurungan yang bercampur dengan episod manik juga boleh berlaku bagi kecelaruan bipolar jenis ini.

    2. Kecelaruan bipolar II

    Kecelaruan jenis ini dicirikan oleh episod kemurungan dan episod hipomanik. Tetapi tidak sehingga terjadinya episod manik.

    Hipomanik adalah keadaan seperti manik tetapi kurang ekstrem atau teruk jika dibandingkan dengan manik.

    3. Kecelaruan siklotimik

    Kecelaruan jenis ini dicirikan oleh gejala hipomanik dan gejala kemurungan yang berlaku paling kurang 2 tahun. Setahun berlaku ketika remaja dan kanak-kanak. Namun, gejala-gejala ini tidaklah sampai kepada peringkat episod hipomanik dan episod kemurungan.

    4. Lain-lain

    Terdapat juga mereka yang mengalami gejala-gejala kecelaruan bipolar tetapi tidak padan dengan ketiga-tiga kategori yang dinyatakan di atas.

    Terdapat juga kecelaruan bipolar yang disebabkan oleh dadah, arak dan masalah kesihatan seperti penyakit strok, sklerosis dan penyakit Cushing.

    Gejala atau Simptom-simptom

    Gejala atau simptom-simptom kecelaruan bipolar boleh dibahagikan kepada manik, hipomanik dan kemurungan.

    Simptom-simptom manik dan hipomanik

    Manik dan hipomanik mempunyai simptom yang sama tetapi berbeza dari segi tahap keseriusannya. Manik atau mania akan menyebabkan masalah yang lebih ketara di tempat kerja, sekolah atau dalam aktiviti sosial.

    Manik dan hipomanik mempunyai simptom-simptom berikut:

    • Lebih aktif dan bertenaga
    • Kegembiraan melampau (abnormal)
    • Kurang keperluan untuk tidur
    • Banyak bercakap dan bercakap laju
    • Penilaian yang teruk
    • Nafsu syahwat yang meningkat
    • Membuat perancangan yang tidak realistik
    • Tidak berselera untuk makan
    • Penyalahgunaan dadah dan arak
    • Mempunyai tahap keyakinan diri, harga diri dan kepentingan diri yang tinggi
    • Mudah berasa jengkel
    • Merasakan mereka boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa

    Simptom-simptom kemurungan

    Episod kemurungan akan memperlihatkan simptom-simptom yang menjejaskan aktiviti harian termasuklah ketika berada di tempat kerja, sekolah atau ketika aktiviti sosial. Episod kemurungan ini juga akan menjejaskan perhubungan. Episod kemurungan juga didapati berlangsung lebih lama berbanding episod manik.

    Episod kemurungan mempunyai simptom-simptom berikut:

    • Rasa sedih, putus harapan, kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan
    • Hilang minat terhadap hampir semua aktiviti yang biasa dilakukan
    • Penurunan berat badan yang ketara walaupun tidak berdiet
    • Selera makan yang meningkat atau berkurang
    • Insomnia atau banyak tidur
    • Keletihan atau tidak bertenaga
    • Tidak dapat memberi tumpuan atau fokus
    • Berfikir, merancang atau mencuba untuk membunuh diri

    Punca yang Menyebabkan Kecelaruan Bipolar

    Walaupun bipolar adalah antara masalah kesihatan yang biasa berlaku, namun para doktor dan pengkaji masih tidak mengetahui dengan jelas penyebab kepada kecelaruan ini.

    Beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada terbentuknya kecelaruan ini adalah:

    • Genetik. Mereka yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang mempunyai kecelaruan ini adalah lebih berisiko mendapat kecelaruan yang sama.
    • Otak. Keabnormalan pada struktur atau fungsi otak meningkatkan risiko terkena kecelaruan ini.
    • Persekitaran. Persekitaran yang menekan, pengalaman pahit dan penyakit boleh menjadi penyumbang kepada terjadinya bipolar ini.

    Terapi dan Rawatan Kecelaruan Bipolar

    Rawatan untuk kecelaruan bipolar boleh menyelamatkan mereka yang mengalami masalah ini walaupun pada tahap yang teruk. Gabungan rawatan perubatan dan psikoterapi adalah berkesan.

    Kecelaruan bipolar harus dirawat secara berterusan kerana penyakit ini adalah penyakit sepanjang hayat. Episod mania dan kemurungan boleh datang kembali setelah satu jangka masa tertentu.

    Rawatan perubatan

    Ubat-ubatan yang diperlukan akan dipreskripsi berdasarkan gejala yang dialami. Terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh membantu mengurus dan mengurangkan simptom-simptom kecelaruan ini. Antaranya adalah:

    • Penstabil emosi: Ubat jenis ini diperlukan untuk mengawal episod manik atau hipomanik. Contohnya seperti litium (Lithobid) dan divalproex sodium (Depakote).
    • Ubat antipsikotik: Ubat jenis ini boleh membantu sekiranya simptom-simptom mania dan kemurungan masih berterusan walaupun telah dirawat dengan ubat lain. Contohnya seperti olanzapine (Zyprexa), risperidone (Risperdal) dan quetiapine (Seroquel).
    • Ubat antidepresi: Ubat jenis ini akan dipreskripsi untuk membantu menangani gejala kemurungan.
    • Ubat antidepresi-antipsikotik: Ubat ini bertindak sebagai ubat untuk merawat kemurungan dan penstabil emosi. Dikenali sebagai Symbyax.
    • Ubat antikeresahan: Ubat benzodiazepines boleh membantu keresahan dan memudahkan untuk tidur.

    Psikoterapi

    Rawatan melalui kaedah psikoterapi melibatkan perbualan atau perbincangan dengan ahli atau pakar terapi . Terapi ini akan membantu penghidap bipolar ini untuk mengenalpasti dan mengubah punca-punca yang menyebabkan kecelaruan yang berlaku.

    Terdapat beberapa jenis terapi yang berguna untuk penyakit ini. Antaranya adalah:

    1. Terapi tingkahlaku kognitif. Terapi ini akan menumpukan kepada mengenalpasti tanggapan, pemikiran, kepercayaan dan tingkahlaku yang negatif dan menggantikannya dengan yang positif.
    2. Terapi interpersonal dan ritma sosial. Terapi ini menumpukan untuk pesakit bipolar ini mempunyai rutin harian. Rutin harian seperti waktu tidur, waktu makan dan aktiviti lain dipercayai dapat memberi manfaat kepada penghidap bipolar.
    3. Pendidikan-psiko. Belajar dan memahami mengenai kecelaruan bipolar membolehkan pesakit atau pasangan memahami keadaan penyakit ini.
    4. Terapi berfokuskan keluarga. Terapi ini membolehkan ahli keluarga atau orang terdekat turut membantu pesakit untuk kekal dalam program rawatan. Selain itu, terapi ini juga membolehkan ahli keluarga mengenalpasti dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati terdapat tanda-tanda perubahan emosi.

    Apa yang anda boleh lakukan?

    Menjalani kehidupan harian dengan masalah kesihatan mental seperti kecelaruan bipolar sememangnya mencabar. Tetapi dengan sokongan dan cara yang betul, ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung sama ada oleh anda, seorang kawan atau orang yang tersayang.

    • Dapatkan rawatan dan kekal dengannya.
    • Makan ubat sepertimana yang diarahkan.
    • Buat temu janji dengan ahli terapi atau kaunselor dan dapatkan rawatan yang sesuai.
    • Lakukan aktiviti berstruktur seperti rutin waktu tidur dan makan.
    • Dapatkan bantuan sekiranya sukar untuk kekal dengan rawatan anda.
    • Jauhi dadah dan arak.
    • Bersabar. Kesembuhan memerlukan masa.
    • Belajar untuk kenali tanda-tanda awal kepada perubahan emosi.

    Rujukan
    • National Institute of Mental Health. 2020. Bipolar disorder. [diakses pada 25 Julai 2020].
    • Mayo Clinic Staff. 2018. Bipolar disorder. [diakses pada 25 Julai 2020].
    • Hansa D. Bhargava. 2020. A Look at Bipolar Disorder. [diakses pada 27 Julai 2020].
    • Tondo, L., Vázquez, G. H., & Baldessarini, R. J. (2017). Depression and Mania in Bipolar Disorder. Current neuropharmacology, 15(3), 353–358.
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Ketagihan Arak (Alkohol): Simptom, Komplikasi dan Rawatan

    26/03/2021

    24 Ciri-ciri Kecelaruan Bipolar Yang Mudah Disalah Tafsir

    14/02/2021

    Kecelaruan Keresahan Menyeluruh: Simptom & Rawatan

    12/02/2021

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    Cara Solat Dhuha dan Doa Dhuha: Rahsia Murah Rezeki

    By Iskandar Zulkarnain

    Cara Solat Tahajjud: Kaedah Menenteramkan Jiwa

    By Iskandar Zulkarnain

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    By KlinikMinda
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.