KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

    12/08/2022

    Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

    26/07/2022

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Motivasi»Kata-kata Hikmah Yang Menguatkan Hati Dan Jiwa
Motivasi

Kata-kata Hikmah Yang Menguatkan Hati Dan Jiwa

By KlinikMindaUpdated:22/05/2021

Kata-kata hikmah boleh membantu menguatkan hati dan jiwa tatkala kita diuji, berasa sedih, kecewa dan ingin putus asa. Kita semua tidak sempurna dan ada masanya kita sukar untuk mengawal rasa gundah di dalam dada.

Kata-kata yang positif dapat memberi aura positif untuk seseorang itu keluar daripada permasalahan yang sentiasa menghantuinya.

Kadang-kadang kita tercari-cari bagaimana untuk bangkit kembali, bagaimana untuk meneruskan kehidupan ini, dan bagaimana untuk menghadapi dugaan yang mendatang.

Sememangnya sukar untuk bangkit tatkala kita rasa seperti hidup ini tidak memihak kepada kita dan umpama kita sedang memikul seketul batu yang berat.

Tetapi, itu bukanlah satu noktah dalam kehidupan kita. Selagi nyawa dikandung badan, kita harus bangkit dengan mengumpulkan segala kekuatan yang ada di sekeliling kita untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan hebat daripada semalam.

Kata-kata hikmah adalah salah satu daripada bongkah-bongkah semangat yang boleh disusun sebagai asas kepada kekuatan kita. Kata-kata hikmah ini boleh membantu kita menemui ketenangan, harapan dan tekad untuk terus bangkit.

kata-kata hikmah

Berikut adalah beberapa kata-kata hikmah yang boleh dijadikan pembakar semangat untuk anda kembali kuat dalam menempuhi apa sahaja rintangan dan ujian.

1. Hidup Ini Adalah Ujian, Ujian yang Kita Boleh Perbaiki Sekiranya Kita Melakukan Kesilapan

Kehidupan di dunia adalah satu ujian yang mana setiap daripada kita pasti akan melakukan kesilapan. Apa yang penting di dalam kehidupan ini ialah kita perbaiki kesilapan kita dan menjadi seorang yang lebih baik.

2. Kejayaan Bukan Kunci Kebahagiaan. Tetapi Kebahagiaan Adalah Kunci Kejayaan. Jika Kita Suka Apa Yang Kita Lakukan, Kita Akan Berjaya

Seseorang yang berjaya belum tentu dia bahagia. Tetapi seseorang yang bahagia pasti akan berjaya dalam hidupnya. Kejayaan tidak harus diukur dengan harta benda atau kemewahan semata-mata.

Tetapi kejayaan harus diukur dengan tercapainya matlamat yang ditentukan oleh kita.

3. Tiada Siapa yang Boleh Menyelamatkan Kita Kecuali Diri Kita Sendiri

Percaya atau tidak, itulah sebenarnya hakikatnya. Seseorang yang mengenali dirinya dapat memimpin dirinya keluar daripada permasalahan yang dialami.

Oleh itu, percaya kepada diri anda sendiri. Percaya bahawa anda boleh melakukannya dan percaya anda boleh berjaya.

4. Kekuatan Terletak Pada Minda Kita, Jika Kita Menyedarinya, Kita Akan Menemui Kekuatan Itu.

Minda adalah raja kepada diri kita. Seseorang yang mempunyai mental yang kuat turut mempunyai semangat dan ketahan terhadap pelbagai ujian yang datang menguji dirinya.

5. Seorang Pejuang Adalah Individu Biasa yang Menemukan Kekuatan untuk Bertahan dan Bertahan Walaupun Terdapat Banyak Rintangan.

Jadilah seperti seorang pejuang yang sentiasa bertahan dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai matlamat atau tujuannya.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

12/08/2022

Senarai Pusat Terapi Pertuturan Kanak-kanak di Malaysia

05/08/2022

Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

26/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.