Apa itu high functioning anxiety? Adakah anda mempunyai tanda-tanda high functioning anxiety?
Artikel ini menyediakan ulasan lebih lanjut mengenai high functioning anxiety, tanda-tanda dan rawatan yang boleh didapati.
Apa itu High Functioning Anxiety?
Sesetengah orang yang mengalami gejala-gejala keresahan (anxiety) menggambarkan bahawa mereka sangat berfungsi (high functioning).
Dengan ini, mereka biasanya bermaksud bahawa mereka berjaya berfungsi dengan baik dalam kehidupan harian mereka.
Istilah high functioning anxiety merujuk kepada seseorang yang hidup dengan keresahan (anxiety) tetapi dikenalpasti boleh berfungsi dengan baik.
Walau bagaimanapun, doktor tidak mengiktiraf high functioning anxiety sebagai keadaan keresahan yang berbeza dan penyelidikan bagi kategori ini masih terhad.
Bagi komuniti perubatan, kecelaruan keresahan (anxiety disorder) wujud dalam bentuk spektrum dan memberi kesan secara berbeza-beza.
Mungkin sesetengah orang mengalami gejala-gejala sederhana atau teruk dan mungkin sesetengah yang lain mengalami kesusahan dan kemerosotan yang ringan.
Bagi orang yang menghidap high functioning anxiety, mereka mungkin mengalami gangguan yang ringan. Atau mereka mungkin mempunyai keresahan subklinikal.
Keresahan subklinikal ialah keadaan di mana seseorang itu tidak memenuhi kriteria diagnostik untuk kecelaruan keresahan tetapi masih mempunyai gejala-gejala keresahan.
Tanda Positif High Functioning Anxiety
High functioning anxiety biasanya mendorong seseorang itu untuk maju kehadapan berbanding menyebabkan mereka kaku dalam ketakutan.
Kesan, golongan ini sering kelihatan sangat berjaya dalam kerjaya dan kehidupan; yang mungkin benar jika kejayaan itu diukur hanya melalui pencapaian.
Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah disebalik permukaan yang nampak sempurna itu, anda berjuang dengan keresahan yang berterusan.
Ciri-ciri atau tanda orang yang mempunyai high functioning anxiety yang sering dianggap sebagai positif adalah:
- Personaliti yang ramah atau mesra seperti suka bergurau, gembira, suka melawak atau senyum
- Menepati masa seperti selalu tiba awal untuk janji temu
- Proaktif seperti sentiasa merancang
- Teratur seperti membuat senarai
- Aktif
- Sangat membantu
- Mempunyai pencapaian yang baik
- Seorang yang teliti
- Kemas dan teratur
- Kelihatan sangat tenang
- Bersemangat
- Setia dalam perhubungan
Tanda Negatif High Functioning Anxiety
Bagi high functioning anxiety, cabaran sebenar terletak disebalik kejayaan tersebut.
Anda mungkin berasa takut atau bimbang atau mempunyai pemikiran yang obsesif. Anda mungkin berfikir berlebihan dan tidak dapat berehat.
Walaupun dianggap sebagai “berfungsi tinggi,” anda mungkin mengalami cabaran berikut dalam kehidupan seharian anda:
- Tabiat keresahan seperti bermain dengan rambut, menggengam tangan atau menggigit bibir.
- Takut takut menjadi sahabat, pasangan, dan pekerja yang buruk.
- Tidak dapat tenang
- Banyak bercakap , banyak celoteh
- Perlu melakukan sesuatu secara berulang-ulang kali
- Perlukan kepastian seperti bertanya arah secara berulang-ulang kali
- Berfikir secara berlebihan (overthinking)
- Takut gagal atau penilaian orang
- Mengelak daripada hubungan mata
- Sentiasa sibuk kerana tidak dapat berkata tidak
- Mengalami masalah tidur (insomnia)
- Fikiran bercelaru
- Kehidupan sosial yang terhad
- Cenderung untuk membandingkan diri dengan orang lain
- Kelesuan mental dan fizikal
- Rasa terancam oleh masa depan
- Orang lain beranggapan anda sukar untuk dibaca atau difahami
Mungkin anda dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti yang berkaitan dengan kerja dan mengemas rumah, tetapi tetap merasakan hidup anda terhad.
Contohnya, anda tidak akan melakukan apa-apa di luar zon selesa anda.
Tindakan anda mungkin ditentukan oleh keresahan atau kebimbangan anda. Anda mungkin memilih aktiviti yang menenangkan fikiran bercelaru anda dan bukannya mengejar aktiviti kerana anda akan menikmatinya.
Sekiranya anda menghidap high functioning anxiety, anda mungkin akan mahir dalam menyampaikan persona palsu kepada dunia dan tidak pernah menunjukkan perasaan sebenar anda kepada sesiapa pun.
Bagaimana Merawat High Functioning Anxiety?
Sekiranya anda menghidap high functioning anxiety, beberapa pilihan rawatan yang ada adalah:
- Terapi tingkah laku kognitif (CBT): CBT adalah antara rawatan yang berkesan untuk kecelruan keresahan. CBT membantu pesakit mengurangkan pemikiran mereka yang cemas dan secara beransur -ansur menghadapi situasi atau objek yang mencetuskan kebimbangan mereka.
- Ubat-ubatan: Doktor akan menentukan ubat-ubatan yang sesuai dengan keadaan anda.
- Senaman pernafasan: Senaman pernafasan boleh membantu anda berasa tenang.
Rujukan
- Cuncic,A. (2022). The Characteristics of High-Functioning Anxiety. verywellmind
- Leonard, J. (2021). What to know about high functioning anxiety. MedicalNewsToday.