KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

    12/08/2022

    Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

    26/07/2022

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Penyakit Mental»Fobia Sosial (Kecelaruan Keresahan Sosial)
Penyakit Mental

Fobia Sosial (Kecelaruan Keresahan Sosial)

By Iskandar ZulkarnainUpdated:20/10/2021

Fobia sosial atau turut dikenali sebagai Kecelaruan Keresahan Sosial adalah perasaan gerun individu terhadap orang ramai atau untuk melakukan sesuatu di khalayak kerana takut dimalukan. Fobia sosial bukan sekadar rasa malu biasa tetapi ia akan mengganggu aktiviti seseorang itu.

Fobia sosial adalah salah satu daripada jenis Kecelaruan Keresahan. Rasa gerun atau takut bagi penghidap fobia sosial ini adalah sangat kuat sehinggakan mereka sukar untuk mengawalnya.

Kesannya, mereka yang mempunyai masalah ini akan sentiasa mengelak daripada tempat-tempat atau acara-acara yang mereka fikir akan memalukan mereka.

Fobia sosial ini boleh bermula pada usia kanak-kanak dan jika tidak dirawat boleh berkekalan sepanjang hayat. Keadaan ini akan menghalang seseorang itu mencapai potensi sebenar mereka.

fobia sosial

Gejala atau Simptom-Simptom Fobia Sosial

Mereka yang mengalami fobia sosial atau kecelaruan keresahan sosial ini biasanya akan mengalami beberapa simptom berikut:

  • Rasa malu, berpeluh dan mengeletar.
  • Degupan jantung menjadi laju dan fikiran menjadi kosong.
  • Rasa loya atau sakit perut.
  • Rasa pening.
  • Sukar dan takut untuk berada bersama-sama orang lain terutamanya bagi yang baru dikenali.
  • Rasa malu dan janggal bila berada dihadapan orang.
  • Menjauhi kawasan yang mempunyai orang lain.
  • Mengelak daripada bercakap dengan orang lain kerana takut dimalukan.
  • Mengelak situasi yang menjadikannya tumpuan ramai.
  • Rasa risau berhari-hari atau minggu sebelum sesuatu majlis atau aktiviti.
  • Rasa risau yang teruk terhadap sesuatu situasi sosial.
  • Rasa risau kerana takut memalukan diri sendiri dalam situasi sosial.

Punca yang Menyebabkan Fobia Sosial

Fobia sosial atau keresahan sosial ini boleh berlaku disebabkan keturunan tetapi persoalan yang timbul dan tidak mempunyai jawapan adalah kenapa ada ahli keluarga yang mengalaminya dan ada yang tidak.

Para pengkaji berpendapat kesilapan dalam “membaca” tingkah laku orang lain juga memainkan peranan yang menyebabkan keresahan sosial. Contohnya, anda melihat seseorang itu menenung anda sedangkan pada hakikatnya adalah tidak.

Antara faktor lain yang mungkin menjadi punca kepada masalah ini ialah skil sosial yang tidak dibentuk dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu akan berasa kurang yakin apabila sudah bercakap dengan orang lain dan rasa bimbang untuk melakukannya pada masa hadapan.

Selain itu,fobia sosial boleh berpunca daripada cara keibubapaan yang terlampau melindungi anak-anak mereka atau sering menggunakan sindiran atau kritikan.

Rawatan dan Terapi

Rawatan awal adalah dengan mendapatkan diagnosa daripada doktor anda mengenai simptom-simptom yang dialami. Doktor anda akan merujuk anda kepada pakar kesihatan mental, pakar psikiatri, ahli psikologi atau kaunselor.

Psikoterapi

Psikoterapi ialah rawatan yang melibatkan terapi percakapan atau perbualan. Kaedah terapi kognitif-tingkah laku adalah satu cara rawatan yang berkesan untuk merawat keresahan sosial ini.

Kaedah terapi jenis ini akan melatih anda (pesakit) cara berfikir, berkelakuan atau bertindak balas secara berbeza terhadap situasi yang menyebabkan anda berasa takut atau resah. Terapi ini juga akan membantu anda belajar dan mengamalkan skil sosial.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan kadang-kalanya diperlukan untuk melegakan simptom-simptom keresahan sosial ini. Ubat-ubatan ini juga boleh diambil bersama dengan rawatan psikoterapi.

Antara ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah:

  • Ubat antidepresan
  • Ubat antiresah
  • Beta-blockers

Kumpulan Sokongan

Kaedah kumpulan sokongan juga didapati berkesan kepada penghidap keresahan sosial ini. Kumpulan yang terdiri daripada penghidap fobia sosial ini boleh bertukar-tukar pandangan, maklum balas yang jujur dan tidak berat sebelah.

Dari sini, anda dapat belajar mengenai pemikiran, pertimbangan dan penolakan yang betul atau tidak. Dari sini juga anda boleh belajar bagaimana cara orang lain mengatasi keresahan sosial yang dialami oleh mereka.

Rujukan
  • Mayo Clinic Staff. (2017). Social anxiety disorder (social phobia). MayoClinic [diakses pada 18 Ogos 2020].
  • National Institute of Mental Health. (n.d.). Social Anxiety Disorder: More Than Just Shyness. [diakses pada 19 Ogos 2020].
  • Valencia Higuera. (2018). Social Anxiety Disorder. Healthline [diakses pada 19 Ogos 2020].
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

12/08/2022

Senarai Pusat Terapi Pertuturan Kanak-kanak di Malaysia

05/08/2022

Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

26/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.