Kali ini kita akan belajar “doa pengasih” yang diajar oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga, kawan-kawan dan lain-lain.
Doa yang ringkas ini boleh diamalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila masa ketika anda berdoa.
Berikut adalah doa pengasih untuk anda amalkan:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan Maha Mencintai, jadikan saya / jadikan kami disayangi di dalam hati ____________ (nama/panggilan) dengan rahmat-MU wahai yang paling Maha Penyayang.”
Pada tempat kosong tersebut, anda boleh pilih untuk menyebutkan nama atau panggilan yang diingini. Contohnya:
- Suami atau isteri
- Ibu bapa
- Anak
- Saudara-mara
- Kawan
- Guru
- Orang soleh
Jika anda tidak mampu menyebutnya dalam bahasa Arab, anda boleh mengucapkannya dalam bahasa Melayu. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Apa yang penting adalah kita berdoa dengan ikhlas dan penuh pengharapan.