Bagaimana untuk mengenali ciri-ciri orang ambivert? Apa itu ambivert? Artikel ini membantu anda menjawab persoalan-persoalan ini dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ambivert.
Apa itu Ambivert?
Istilah ambivert tidak termasuk dalam konsep “introvert” dan “extrovert“ yang dipelopori oleh pakar psikiatri Switzerland, Carl Jung. Walau bagaimanapun, beliau percaya tiada seorang pun yang 100% bersifat introvert atau ekstrovert (extrovert).
Ambivert merujuk kepada trait personaliti yang mempunyai kedua-dua ciri intovert dan ekstrovert. Jika anda tergolong dalam kategori ambivert, ada masanya anda berkelakuan seperti seorang yang introvert dan ada masanya yang anda berkelakuan seperti seorang yang ekstrovert.
Ciri-ciri Orang Ambivert
1. Anda Mempunyai Ciri-ciri yang Ada Pada Introvert dan Ekstrovert
Seorang yang ambivert mempunyai personaliti ditengah-tengah antara introvert dan ekstrovert. Sekiranya anda seorang yang ambivert, anda mempunyai kedua-dua personaliti introvert dan ekstrovert.
Dengan kata lain, anda mungkin mempunyai karisma dan ketegasan seorang ekstrovert dan berkongsi kemahiran bertimbang rasa dan mendengar seorang introvert.
Ambivert boleh mendapatkan tenaga daripada berada bersama orang ramai dan bersendirian. Mereka boleh bermuhasabah diri dan juga menyelesaikan sesuatu dengan bercakap dengan orang lain.
2. Anda Seorang Pendengar dan Komunikator yang Baik
Seorang yang ekstrovert suka bercakap dan introvert suka mendengar dan memerhati.
Tetapi, bagi seorang yang ambivert, anda tahu masa yang sesuai untuk bercakap dan masa yang sesuai untuk mendengar.
Dalam situasi kerja, seorang ambivert mungkin membuka mesyuarat dengan memberi ucapan ringkas, kemudian menawarkan pekerja peluang untuk bercakap tentang cabaran atau kebimbangan mereka.
3. Anda Mempunyai Keupayaan untuk Mengawal Tingkah Laku
Seorang yang ambivert juga mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkah laku dengan menyesuaikan diri supaya sesuai dengan orang atau situasi dengan mudah.
Sebagai contoh, bayangkan anda menaiki lif bersama orang yang tidak dikenali. Ekstrovert mungkin mula bercakap kecil, tetapi introvert mungkin meletakkan fon telinga atau bermain telefon bimbit untuk mengelakkan interaksi.
Anda boleh memilih mana-mana pilihan, bergantung kepada situasi dan keadaan.
4. Anda Berasa Selesa dalam Persekitaran Sosial, Tetapi Juga Menghargai Masa Bersendirian
Ciri-ciri ambivert yang seterusnya adalah berasa selesa dalam persekitaran sosial atau bersendirian.
Sebagai contoh, rakan anda mengajak untuk keluar malam pada saat-saat akhir. Seorang yang ekstrovert akan bersetuju tanpa teragak-agak dan seorang yang introvert biasanya menolak kerana ingin tinggal di rumah.
Manakala, sebagai seorang yang ambivert, anda mungkin akan mempertimbangkan kebaikan atau keburukan atas ajakan tersebut.
5. Anda Memilih Keseimbangan Antara Kerja Bersendirian atau Secara Kumpulan
Ciri-ciri ambivert yang seterusnya adalah boleh bekerja bersendirian atau secara kumpulan.
Seorang yang ambivert cenderung melihat nilai kedua-duanya sama ada melakukan sesuatu sendiri atau melakukan sesuatu sebagai kolektif, dan mereka lebih suka gabungan kedua-duanya.
6. Anda Mempunyai Sifat Empati yang Semula Jadi
Seorang yang ambivert juga dapat mendengar dan menunjukkan bahawa mereka memahami situasi seseorang itu.
Jika seorang rakan mengalami masalah, ekstrovert mungkin cuba menawarkan penyelesaian dengan segera, dan introvert mungkin pandai mendengar.
Sebaliknya, seorang ambivert mungkin mendengar dan bertanya soalan yang bernas untuk cuba membantu.
7. Anda Mempunyai Ramai Kawan dan Segelintir Kawan Rapat
Ekstrovert cenderung mempunyai ramai kawan, manakala introvert pula cenderung untuk hanya mempunyai segelintir kawan rapat yang mereka luangkan masa dengannya.
Ambivert mempunyai kedua-duanya, rangkaian rakan yang luas dan orang yang mereka luangkan masa dengan mereka, serta kumpulan kecil kawan rapat yang mereka benar-benar rapat.
8. Anda Sering Berasa Tidak Pasti
Oleh sebab ambivert boleh menjadi introvert dan ekstrovert, mereka selalu tidak pasti apa yang akan memberi mereka tenaga yang mereka idamkan.
Ini boleh menyebabkan mereka mempersoalkan sama ada lebih baik untuk mereka duduk di rumah dan membaca buku yang bagus atau pergi ke acara rangkaian untuk bertemu orang baharu.
Rujukan
- Petric, D. (2019). Introvert, Extrovert and Ambivert.
- Nittle, N. (2021). What Is an Extroverted Introvert? verywellmind
- Goldman,R. (2018). 5 Signs That You May Be an Ambivert. Healthline