Panduan

Cara Solat Dhuha dan Doa Dhuha: Rahsia Murah Rezeki

Pinterest LinkedIn Tumblr

Masalah kewangan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada tekanan perasaan dan masalah kesihatan mental. Bagi umat Islam, agama Islam telah mengajarkan jalan keluar kepada masalah ini. Salah satunya ialah melalui solat dhuha. Ketahui cara solat dhuha dan doa dhuha dalam artikel ini.

Solat dhuha boleh dikatakan salah satu “magnet rezeki” yang telah terbukti keberkesanannya bagi mereka yang mengamalkannya. Hal ini kerana, di dalam solat ini terdapat doa-doa yang berperanan untuk melancarkan rezeki.

Selain usaha yang berterusan, umat Islam disarankan agar turut berdoa dan meminta kepada Allah s.w.t agar dimurahkan dan dipermudahkan rezeki buatnya.

Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Adakalanya ia datang tanpa disangka-sangka. Rezeki juga bukan sahaj datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi juga dalam bentuk kesihatan yang baik, kemampuan untuk bekerja, pekerjaan yang baik, keluarga yang menyenangkan hati dan lain-lain lagi.

Oleh itu, keluarlah dari kegelapan tekanan perasaan dan kemurungan itu dengan solat dan berdoa kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan rezeki dan dapat keluar daripada masalah kewangan yang dihadapi.

Cara Solat Dhuha

Solat dhuha adalah solat sunat yang boleh dikerjakan setiap hari pada sebelah pagi bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari (masuk waktu zohor).

Terdapat dua istilah lain yang digunakan mengenai solat yang dikerjakan dalam waktu dhuha iaitu Solat Sunat Isyraq dan Solat Awwabin.

Solat Sunat Isyraq ialah solat dhuha yang dilaksanakan pada awal waktunya. Solat Isyraq ini bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (waktu syuruk) (Rujukan).

Solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja dan jika terlepas waktunya, maka didirikan Solat Dhuha dan bukan Solat Isyraq.

Solat Awwabin pula ialah solat dhuha yang dikerjakan pada waktu terbaiknya iaitu ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Ini berdasarkan hadis:

Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahri sudah terik).

Hadith riwayat Muslim: 1238

Bilangan Rakaat

Bilangan rakaat solat sunat ini boleh dikerjakan sebanyak:

  • 2 rakaat 1 salam
  • 4 rakaat 2 salam
  • 6 rakaat 3 salam
  • 8 rakaat 4 salam
  • 10 rakaat 5 salam
  • 12 rakaat 6 salam

Waktu Solat Dhuha

Waktu solat dhuha boleh dikerjakan ialah bermula terbitnya matahari sehingga sebelum tergelincir matahari iaitu kira-kira jam 8.00 pagi hingga 15 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Waktu afdal atau waktu terbaik yang dianggarkan kira-kira sekitar jam 10.00 pagi.

Niat Solat Sunat Dhuha

Lafaz niat:

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.”

Bacaan Dalam Solat

Bacaan dalam solat sunat Dhuha adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu diawali dengan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah-surah berikut.

cara solat dhuha-surah al-fatihah
Surah al-Fatihah

Disarankan untuk membaca surah As-Shams pada rakaat pertama.

cara solat dhuha: surah as-syams
Surah As-Syams

dan pada rakaat kedua selepas dibaca surah al-Fatihah, dibaca surah Ad-Dhuha.

cara solat dhuha: surah ad-dhuha
Surah Ad-Dhuha

Selain membaca surah As-Syams dan Ad-Dhuha, dibolehkan juga untuk menggantikan kedua-dua surah ini dengan surah-surah lazim yang lain.

Doa Dhuha (Doa Solat Dhuha)

Berikut adalah bacaan doa selepas solat sunat dhuha:

doa dhuha

Rumi:

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka, Wal Bahaa-A Bahaa-Uka, Wal Jamaala Jamaaluka, Wal Quwwata Quwatuka, Wal Qudrata Qudratuka, Wal Ishmata Ishmatuka, Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu, Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu, Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu, Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu,
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu, Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika, Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika, Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Maksudnya:

Ya Allah,
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU, Kecantikannya KecantikanMU, Keindahannya KeindahanMU, Kekuatannya KekuatanMU, Kekuasaannya KekuasaanMU, Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah, Jika di bumi, keluarkanlah, Jika sukar, permudahkanlah, Jika haram, sucikanlah, Jika jauh, dekatkanlah, Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU, KekuatanMU, kekuasaanMU, Limpahkan kepadaku segala, Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Akhir Kalam

Sesungguh setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian. Salah satu daripadanya ujian kehilangan harta atau masalah kewangan.

Maka, sentiasalah bersabar dan terus berusaha di samping berdoa kepada Allah s.w.t agar ditunjukkan jalan keluar kepada masalah kita.

Semua masalah pasti mempunyai penyelesaiannya. Oleh itu janganlah kita mengambil jalan ringkas dengan merosakkan diri atau membunuh diri. Manfaatkanlah cara solat dhuha dan doa dhuha ini, semoga saudara dan saudari menemui apa yang dicari.