Twitter Pinterest YouTube RSS
    KlinikMinda
    • Laman Utama
    • Kesihatan Mental
      • Jenis-jenis
        • Kecelaruan Keresahan (Anxiety Disorder)
        • Kemurungan (Depresi)
        • Skizofrenia
        • Kecelaruan Bipolar (Bipolar Disorder)
        • Gangguan Kurang Tumpuan atau Hiperaktif (ADHD)
        • Fobia Sosial
        • Kecelaruan Makan
        • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)
        • Kecelaruan Personaliti Pinggiran
        • Kecelaruan Stres Pascatrauma (PTSD)
        • Autisme
      • Panduan
    • Motivasi

      5 Rahsia Kejayaan Elon Musk Yang Anda Perlu Tahu

      28/03/2021

      11 Tips Untuk Bangkit Dari Patah Hati

      29/01/2021

      Rukun Iman: Asas Kepada Satu Kepercayaan

      20/01/2021

      Motivasi Pagi Untuk Memulakan Hari Dengan Positif

      22/12/2020

      10 Pengajaran Buat Usahawan Berdasarkan Drama Start-Up

      10/12/2020
    • Kehidupan

      Bagaimana Untuk Redha Dengan Takdir Dan Ketentuan

      20/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Jack Ma

      18/03/2021

      7 Pengajaran Hidup Daripada Warren Buffett

      15/03/2021
    • Bantuan
    • Hubungi
    KlinikMinda
    Home»Panduan»Cara Mengatasi Serangan Panik: 10 Cara Yang Berkesan
    Panduan

    Cara Mengatasi Serangan Panik: 10 Cara Yang Berkesan

    KlinikMindaBy KlinikMinda30/12/2020Updated:15/01/20215 Mins Read
    Kongsi
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Serangan panik ialah perasaan panik, ketakutan yang kuat dan keresahan yang berlaku secara tiba-tiba. Serangan panik boleh ditangani atau dikawal. Terdapat beberapa cara mengatasi serangan panik yang boleh dilakukan sekiranya anda diserang oleh serangan panik.

    Setiap orang mungkin akan mengalami serangan panik dalam situasi yang berbeza-beza. Tetapi lazimnya serangan panik akan menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran bernafas, berpeluh dengan banyak, mengigil atau mengeletar dan jantung berdenyut kencang.

    Serangan panik juga menyebabkan anda berasa seperti terkena serangan jantung atau rasa seperti hendak pengsan atau mati.

    Rata-ratanya, serangan panik berlaku sekitar 5 minit hingga 30 minit.

    cara mengatasi serangan panik

    Berikut adalah 10 cara mengatasi serangan panik yang boleh anda lakukan sekiranya mengalami serangan panik ini.

    1. Tarik nafas panjang

    Menarik nafas panjang boleh membantu anda mengawal serangan panik yang berlaku.

    Serangan panik boleh menyebabkan anda mengalami sesak nafas dan jantung berdeyut kencang. Oleh itu, teknik menarik nafas yang panjang boleh mengatasi simptom-simptom serangan panik ini.

    Cara-cara untuk teknik nafas panjang ini ialah:

    • Tarik nafas perlahan-lahan dan panjang serta selembut mungkin menggunakan hidung anda.
    • Tahan sesaat.
    • Kemudian, hembus nafas secara perlahan, panjang dan lembut melalui mulut.
    • Anda boleh juga boleh mengira sekitar 4-5 saat bagi setiap tarikan dan hembusan nafas.
    • Pejamkan mata dan fokus kepada pernafasan anda.

    Teknik nafas panjang ini baik dipraktikkan walaupun bukan semasa serangan panik.

    2. Beristighfar

    Bagi umat Islam, beristighfar boleh membantu anda berasa tenang dan menjadi tempat bergantung ketika serangan panik berlaku.

    Beristighfar juga membantu mengurangkan keresahan (anxiety) yang turut berlaku bersama-sama dengan serangan panik ini.

    Bagi mereka yang bukan beragama Islam, membaca mantera atau menyatakan kepada diri bahawa “semua ini akan berlalu” sehingga serangan panik ini mereda boleh membantu.

    3. Ketahui bahawa anda sedang mengalami serangan panik

    Adalah penting untuk tidak membiarkan ketakutan akibat serangan penik ini menguasai diri anda.

    Serangan panik selalunya berlalu pergi dan simptom-simptom yang berlaku bukanlah tanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku.

    Oleh itu, dengan memberitahu diri anda bahawa anda sedang mengalami serangan panik dan bukannya serangan jantung boleh membantu anda bertenang, tahu bahawa ia hanyalah sementara dan anda baik-baik sahaja.

    4. Hadapi ketakutan anda

    Selain itu, salah satu cara mengatasi serangan panik ini ialah dengan menghadapi ketakutan anda. Hadapi serangan itu dan jangan mengelak.

    Dengan cara ini, anda memberi peluang kepada diri anda untuk menyedari bahawa serangan itu tidak menyebabkan apa-apa kecelakaan atau menyebabkan perkara buruk.

    5. Cari kawasan yang tenang

    Bunyi yang bising atau kawasan yang ramai dengan orang boleh menyebabkan serangan panik ini semakin kuat. Jika boleh, cari kawasan yang tenang yang tidak diganggu oleh bunyi bising dan orang ramai.

    Duduk di tempat yang sunyi boleh memberi ruang kepada minda untuk fokus kepada teknik nafas panjang atau teknik-teknik lain.

    6. Ingat bahawa perasaan itu akan berlalu pergi

    Selain itu, semasa serangan berlaku. Ingatkan diri anda bahawa perasaan itu akan berlalu pergi dan tidak akan menyebabkan sebarang kemudaratan fizikal.

    Beritahu diri anda apa yang berlaku ini hanyalah keresahan yang memuncak dan ia akan berakhir tidak lama lagi.

    Serangan panik biasanya mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit, berkurang dan mereda.

    7. Fokus kepada sesuatu objek

    Sesetengah orang mendapati fokus kepada sesuatu objek boleh membantu mereka menghadapi serangan panik yang berlaku.

    Ketika serangan panik berlaku, pilih satu objek di hadapan atau di sekeliling anda. Fokus kepada objek tersebut, perihalkan bentuk, warna, saiz atau corak objek tersebut kepada diri anda.

    Bagi tumpuan sepenuhnya kepada objek tersebut dan gejala-gejala panik akan mereda.

    8. Pejam mata

    Kadang-kadang, serangan panik dicetuskan oleh persekitaran yang membebankan anda. Sekiranya anda berada di persekitaran yang banyak rangsangan, ia boleh menyebabkan serangan panik lebih teruk.

    Oleh itu, dengan memejamkan mata semasa serangan panik ini, anda dapat mengurangkan rangsangan dari luar. Ini memudahkan anda untuk fokus kepada pernafasan anda.

    9. Bau-bauan lavender

    Minyak pati lavender mempunyai ciri-ciri melegakan tekanan dan menenangkan. Haruman lavender boleh membantu badan untuk tenang. Sekiranya anda seorang yang terdedah kepada serangan panik, sentiasa bawa bersama minyak pati lavender ke mana sahaja anda pergi.

    Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa lavender boleh membantu melegakan keresahan (anxiety).

    Selain minyak pati lavender, anda juga boleh mencuba minyak pati chamomile atau lemon.

    10. Berjalan atau lakukan senaman ringan

    Berjalan atau senaman ringan seperti berjoging atau berkebun boleh membantu seseorang itu keluar daripada persekitaran yang menekan atau stres.

    Aktiviti fizikal seperti ini akan membuatkan badan anda melepaskan hormon yang dipanggil endorfin. Hormon endorfin membantu anda berasa positif dan menambah baik emosi.

    Senaman yang kerap juga boleh membantu mengurangkan keresahan dan kemurungan. Secara tidak langsung, ia boleh mengurangkan serangan panik yang berlaku.

    Rumusan

    Serangan panik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya mereka yang terdedah kepada keresahan dan kemurungan.

    Apa yang penting adalah bagaimana cara kita mengatasi atau mengawal serangan panik ini. Jangan biarkan serangan panik ini mengawal diri anda.

    Rujukan
    • Amy Smith. (2020). How can you stop a panic attack? MedicalNewsToday [diakses pada 30 Disember 2020].
    • Ana Gotter. (2018). 11 Ways to Stop a Panic Attack. Healthline [diakses pada 30 Disember 2020].
    • Tanpa nama. (2020). How to deal with panic attack. NHS inform [diakses pada 30 Disember 2020].
    • Smitha Bhandari. (2020). Exercise and Depression. WebMD [diakses pada 30 Disember 2020].
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARTIKEL BERKAITAN

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Comments are closed.

    Artikel Terbaru

    Aplikasi Kesihatan Mental Percuma 2021

    08/04/2021

    Kemurungan Remaja: 20 Tanda, Punca dan Rawatan

    02/04/2021

    Serangan Panik: Simptom, Kesan dan Adakah Berbahaya?

    30/03/2021

    Pilihan Editor

    Kecelaruan Spektrum Autisme: Apa Yang Anda Perlu Tahu

    By Iskandar Zulkarnain

    Kata-kata Motivasi Diri untuk Membina Kekuatan Diri

    By Iskandar Zulkarnain

    10 Tanda-tanda Kemurungan dan Cara Mencegahnya

    By Iskandar Zulkarnain
    Twitter Pinterest YouTube RSS
    • Mengenai Kami
    • Dasar Privasi
    • Penafian
    • Notis Hak Cipta
    © 2020-2021 KlinikMinda. Hak Cipta Terpelihara.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.