Jika meninggalkan anak kecil anda penuh dengan jeritan dan air mata, anak kecil anda mungkin mengalami kebimbangan pemisahan (separation anxiety). Jadi, bagaimana cara mengatasi kebimbangan pemisahan bagi anak anda ini?
Apa itu Kebimbangan Pemisahan?
Kebimbangan pemisahan dapat dilihat dengan ramai kanak-kanak dan paling biasa antara umur 6 bulan dan 3 tahun.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh menjadi cemas apabila ibu bapa atau penjaga utama mereka tiada pada pandangan mereka; mereka masih belajar bahawa pemisahan tersebut hanya sementara.
Kebimbangan pemisahan boleh menyukarkan untuk meninggalkan bayi anda di taska atau dalam jagaan orang lain.
Anda mungkin berasa tertekan dengan air mata mereka dan bimbang tentang kesan pada bayi anda setiap kali anda perlu meninggalkannya.
Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa adalah lumrah untuk anak anda berasa cemas tanpa anda, jadi tiada sebab untuk berasa bersalah apabila anda perlu menguruskan perkara dalam hidup anda.
Sebenarnya, kebimbangan pemisahan biasanya menandakan sejauh mana anda telah terikat dengan mereka.
Sebaliknya, anda boleh memberi tumpuan dalam bagaimana cara untuk mengatasi kebimbangan pemisahan yang dialami oleh anak anda.
Mereka akan belajar bahawa jika anda meninggalkan mereka, mereka akan baik-baik saja dan anda akan kembali.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi kebimbangan pemisahan yang dialami oleh anak anda:
1. Berlatih Pemisahan Sementara Antara Anda dan Anak Anda
Anda boleh mulakan dengan meninggalkan mereka dalam jagaan orang lain selama beberapa minit semasa anda pergi ke kedai berdekatan.
Tinggalkan bayi atau anak anda dengan seseorang yang mereka kenali dengan baik supaya mereka masih berasa selesa dan selamat semasa ketiadaan anda.
Secara beransur-ansur berusaha ke arah pemisahan yang lebih lama dan kemudian biarkan mereka dalam keadaan yang kurang biasa.
2. Bercakap Tentang Perkara yang Ingin Dilakukan Bersama-sama
Bercakap dengan anak kecil anda tentang perkara yang akan lakukan apabila anda bertemu dengan mereka.
Sebagai contoh, anda boleh berkata: “Apabila ibu kembali untuk menjemput adik, kita akan pergi ke kedai bersama-sama untuk membeli makanan untuk makan malam.”
Atau “Selepas ibu selesai kerja, ibu akan datang ambil adik dan kita boleh pergi ke taman permainan dan bermain bersama-sama.”
3. Pastikan Ucapan Selamat Tinggal Anda Ringkas
Setiap kali anda meninggalkan anak anda, beri mereka peringatan awal bahawa pengasuh akan tiba atau anda akan menghantarnya, kemudian ucapkan selamat tinggal.
Jika anda bertindak cemas atau terus kembali untuk pelukan lain, mereka akan fikir ada sesuatu yang perlu dirisaukan.
Elakkan menyelinap keluar semasa anak anda terganggu, yang boleh menyebabkan mereka bimbang bahawa anda mungkin hilang tanpa amaran dan mengakibatkan mereka lebih merengek-rengek.
4. Bawa Barang yang Bermakna Untuk Anak Anda
Adakah anak anda mempunyai objek atau mainan kegemaran? Contohnya seperti alat permainan, anak patung atau bantal.
Jika ada, bawa atau tinggalkan mainan kesukaan atau bantal kesukaan anak anda bersama-sama semasa meninggalkan mereka.
Jika tidak, mungkin ia satu idea yang baik untuk memperkenalkannya. Mainan kesukaan boleh membantu anak anda menenangkan diri apabila mereka berasa kecewa.
5. Jadikan Momen Selamat Tinggal sebagai Positif
Apabila anda meninggalkan anak kecil anda, walau betapa sedih atau bimbang anda rasa, pastikan anda tersenyum dan melambai selamat tinggal dengan yakin dan gembira.
Memberikan anak anda pengalaman mengucapkan selamat tinggal kemudian mengadakan pertemuan semula yang gembira, anda mengajar mereka satu pelajaran hidup yang penting.
Selain itu, mengekalkan rutin ini akan membantu si kecil membiasakan diri untuk ditinggalkan dan akan meyakinkan mereka bahawa anda akan sentiasa kembali.
6. Beri Perhatian kepada Anak Anda di Perhimpunan Besar
Apabila anda tiba di tempat yang mempunyai banyak orang, elakkan daripada membiarkan anak kecil anda untuk berinteraksi tanpa anda.
Sebaliknya, tunggu sehingga mereka berminat dengan orang lain, jangan terus menghilang. Mereka mungkin menerima dipegang oleh seseorang, tetapi hanya untuk beberapa minit sahaja.
Bersedia untuk mengambil anak anda jika mereka mula meragam, membiarkan mereka melebihi had mereka hanya akan menyukarkan situasi yang sama pada masa akan datang.
Jangan tertekan jika anda perlu berada di sisi anak kecil anda sepanjang masa. Anda tidak melumpuhkan mereka tetapi anda menawarkan sokongan yang akan membantu mereka berasa selesa pada masa hadapan.
Rujukan
- NHS. Separation Anxiety.
- Anderson, M. & Peachman, R.R. (2023). A Parent’s Guide to Separation Anxiety in Toddlers. Parents.