KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

    12/08/2022

    Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

    26/07/2022

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Kehidupan»Cara Bahagiakan Diri Sendiri: Ikuti Panduan Ini
Kehidupan

Cara Bahagiakan Diri Sendiri: Ikuti Panduan Ini

By KlinikMindaUpdated:02/04/2022

Setiap orang mempunyai definisi bahagia yang tersendiri. Ada yang bahagia dengan wang ringgit, ada yang bahagia dengan kesihatan dan mungkin juga ada yang bahagia dengan ahli keluarga yang ramai. Jika anda mencari cara bahagiakan diri sendiri, ikuti beberapa panduan atau langkah yang disenaraikan dalam artikel ini.

Bahagia dari segi maksudnya adalah suasana senang dan aman atau aman damai serta gembira. Ini bermaksud seorang yang bahagia sentiasa senang dan aman dengan dirinya serta gembira dengan apa sahaja yang dimiliki dan dihadapinya.

Tidak kira versi mana kebahagiaan anda, hidup dengan bahagia boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Beberapa pindaan terhadap tabiat biasa anda boleh menjadikan anda seorang yang bahagia.

cara bahagiakan diri sendiri

Kenal pasti Apa yang Membuatkan Anda Bahagia

Salah satu cara atau perkara penting untuk bahagiakan diri sendiri adalah mengenal pasti apa yang membuatkan anda berasa bahagia.

Secara psikologinya, terdapat beberapa faktor yang membuatkan manusia bahagia. Antaranya adalah:

  • Duit
  • Kesihatan
  • Kawan-kawan
  • Keadaan kehidupan
  • Jiran tetangga
  • Kerohanian
  • Penglibatan dalam komuniti
  • Makna dan tujuan hidup

Tidak berpuas hati dengan beberapa faktor ini tidak semestinya resipi untuk rasa tidak bahagia dan berpuas hati dalam kebanyakan faktor ini bukanlah jaminan untuk kehidupan yang bahagia.

Walau bagaimanapun, jika anda lebih berpuas hati dengan faktor kehidupan ini, anda cenderung untuk menjadi lebih bahagia secara umumnya.

Memberikan tumpuan untuk menambah baik beberapa faktor yang dinyatakan ini mungkin boleh membantu anda untuk berasa bahagia dengan kehidupan yang anda miliki.

Panduan atau Cara Bahagiakan Diri Sendiri

Tambahan daripada itu juga, tingkah laku atau kelakuan anda terhadap kehidupan atau perkara sekeliling anda juga turut boleh mempengaruhi kebahagiaan diri.

1. Maafkan Diri Sendiri

Memaafkan diri sendiri boleh memberikan impak yang besar dalam kehidupan kita. Ramai diantara kita yang sukar untuk memaafkan diri.

Ramai yang mengalami masalah kerana mereka mencuba untuk menjadi sempurna dan menyalahkan diri sendiri apabila mereka tidak menjadi sempurna.

Memaafkan diri juga bermakna anda menerima diri anda seadaanya. Setiap orang mempunyai kekurangan masing-masing. Memaafkan diri boleh membahagiakan diri anda.

2. Terima Diri Sendiri

Menerima diri sendiri bermaksud anda menerima badan yang anda miliki sekarang. Imej badan dan usia boleh menjadi batu penghalang yang besar untuk anda bahagia.

Apabila anda menerima atau menyintai diri anda, anda boleh berusaha menjadi seorang yang lebih baik dengan badan yang anda miliki.

Menerima diri sendiri juga bermaksud anda menerima tahap kejayaan atau pendapatan anda. Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai pendapatan tertentu pada masa anda mencapai umur tertentu. Setiap makhluk yang diciptakan di dunia ini telah ditentukan beberapa banyak rezeki yang akan diperolehinya.

Maka usah bimbang, jalani kehidupan anda dengan tenang dan aman. Ketenangan dan kebahagiaan ini lebih mahal nilainya.

3. Jauhi Orang-orang Toksik

Tidak dapat dinafikan, dunia ini turut didiami mereka yang toksik kepada anda. Golongan yang toksik ini akan sentiasa membawa perkara negatif kepada diri anda, maka menjauhi golongan seperti ini adalah salah satu cara bahagiakan diri sendiri.

4. Utamakan Kesihatan Anda

Kesihatan adalah satu kunci utama dalam kebahagiaan hidup. Sekiranya anda memiliki kekayaan yang banyak, tetapi jika anda sakit, anda tidak akan dapat menikmati kekayaan itu.

Oleh itu, menjaga kesihatan adalah penting untuk anda menjadi seorang yang bahagia. Pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif adalah ikhtiar untuk mengekalkan kesihatan diri anda.

5. Bersenam atau Bersiar-siar

Bersenam atau bersiar-siar seperti berjalan boleh meningkatkan “mood” seseorang itu. Kajian telah membuktikan bahawa berjalan boleh mendatangkan kesan positif dan boleh mengatasi masalah kebosanan.

Pergerakan fizikal, menghabiskan masa di alam semula jadi dan mendapatkan sedikit pendedahan kepada cahaya matahari semuanya boleh menjadi cara terbaik untuk meningkatkan perasaan gembira anda.

6. Senyum

Ramai orang menganggap kebahagiaan sebagai sesuatu yang datang dari dalam ke luar, atau dari fikiran anda kepada tingkah laku anda.

Tetapi kebahagiaan juga boleh datang dari luar ke dalam atau dari tindakan anda ke fikiran anda. Sebagai contoh, senyuman sebenarnya mengaktifkan bahan kimia yang mendorong kebahagiaan.

Dalam Islam, senyuman itu adalah sedekah. Senyuman boleh mendatangkan rasa gembira buat diri kita dan orang lain.

7. Bersyukur

Menjadi seorang yang bersyukur juga adalah kunci untuk kebahagiaan. Bersyukur mempunyai impak terhadap pengharapan dan kebahagiaan.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda miliki menjadikan anda seorang yang tenang dan beraura positif. Sebaliknya jika anda sering mengeluh dan berasa tidak cukup, hidup anda akan sentiasa dipenuhi dengan hasad dan ketidakpuashatian.

Bersyukur walaupun nikmat yang diperolehi itu kecil sudah cukup untuk membuatkan anda bahagia dan aman.

Sentiasa bermuhasabah diri dengan menyatakan kepada diri anda bahawa mungkin orang lain tidak dapat menikmati apa yang anda sedang nikmati sekarang.

Bagaimana Sikap Mempengaruhi Kebahagiaan?

Sikap anda tentang kehidupan dan perkara yang berlaku kepada anda setiap hari boleh memberi kesan yang besar kepada tahap kebahagiaan dan kepuasan hidup anda.

Menjadi seorang yang optimis boleh menjadikan anda seorang yang lebih bahagia. Orang yang optimis akan melihat tekanan hidup mereka sebagai cabaran dan bukannya ancaman, maka mereka cenderung untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih berkesan.

Akhir sekali, bersabar dengan dugaan dan cabaran hidup boleh menjadikan anda seorang yang tabah dan tenang dalam hidup.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

12/08/2022

Senarai Pusat Terapi Pertuturan Kanak-kanak di Malaysia

05/08/2022

Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

26/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.