Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami masalah mental atau khuatir akan kesihatan mental mereka. Anda semua boleh menggunakan sumber-sumber ini untuk mendapatkan bantuan.

Mental Illness Awareness and Support Association (Miasa)

No. Telefon: 014-223 6938 atau 019-236 2423 atau 03-7923 1409

Emel: miasa.malaysia@gmail.com

Laman sesawang: https://www.miasa.org.my/

Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA) atau Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpusat di Selangor dan berdaftar dengan ROS (PPM-027-10-14092017).

Persatuan ini menyediakan perkhidmatan seperti kaunseling, penilaian terapeutik, program sokongan dan program kesedaran.

Befrienders

No. Telefon: 03-7627 2929 (panggilan percuma 24 jam)

Emel: sam@befrienders.org.my

Laman sesawang: https://www.befrienders.org.my/

Befrienders ialah organisasi bukan untung yang menyediakan bantuan atau sokongan emosi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Organisasi ini menyediakan perkhidmatan melalui panggilan, emel, bersua muka atau melalui program komuniti.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia turut menyediakan perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Anda boleh mendapatkan perkhimatan ini melalui beberapa kaedah berikut:

  • Anda boleh datang sendiri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri yang berhampiran dengan anda.
  • Anda boleh menghubungi melalui telefon untuk mendapatkan tarikh temujanji.
  • Melalui surat menyurat.
  • Menghubungi talian Kasih 15999.
  • Melalui E-mel: taliankasih@kpwkm.gov.my

Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI)

MENTARI ialah pusat komuniti bagi kesihatan mental melalui inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh mendapatkan konsultasi dan bantuan di pusat-pusat MENTARI.

Laman Facebook MENTARI Selayang

Malaysia Mental Health Association (MMHA)

No. telefon: 03-2780 6803

E-mel: admin@mmha.org.my

Laman sesawang: https://mmha.org.my/

Malaysia Mental Health Association (MMHA) adalah sebuah NGO yang menyediakan sokongan melalui telefon berkaitan dengan isu kesihatan mental.

Mereka turut menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan sokongan psikologi komuniti
  • Sokongan kesihatan mental untuk penjaga & rakan sebaya
  • Pendidikan & latihan
  • Program pemulihan psikososial
  • Kemudahan kediaman
error: Content is protected !!