KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi
  • Bantuan
  • Hubungi
Twitter Pinterest YouTube Telegram RSS
KlinikMinda
  • Laman Utama
  • Kesihatan Mental
    • Penyakit Mental
    • Panduan
    • Terapi
    • Kerohanian
  • Kemajuan Diri
    • Motivasi
    • Kehidupan
  • Psikologi

    5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

    12/08/2022

    Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

    26/07/2022

    8 Ciri-ciri Orang Ambivert Yang Mungkin Ada Pada Anda

    21/06/2022

    10 Ciri-ciri Orang Introvert Dan Extrovert

    14/06/2022

    Adakah Anda Seorang Optimis,Pesimis atau Realis?

    11/01/2022
  • Bantuan
  • Hubungi
KlinikMinda
Home»Terapi»Apa itu Terapi Cahaya? Adakah Baik Untuk Anda?
Terapi

Apa itu Terapi Cahaya? Adakah Baik Untuk Anda?

By KlinikMindaUpdated:18/01/2022

Apa itu Terapi Cahaya?

Terapi cahaya atau istilah lainnya fototerapi adalah terapi yang digunakan untuk merawat pelbagai gangguan atau kecelaruan kesihatan mental. Terapi ini lazimnya digunakan untuk merawat kecelaruan afektif bermusim (seasonal affective disorder, SAD).

Kecelaruan afektif bermusim adalah sejenis kemurungan yang berlaku pada masa tertentu setiap tahun.

Terapi cahaya juga boleh membantu merawat bentuk kemurungan yang lain, kecelaruan tidur atau masalah kesihatan mental yang lain.

terapi cahaya

Bagaimana Terapi Cahaya Berfungsi?

Terapi cahaya mudah digunakan. Apa yang diperlukan ialah kotak atau lampu terapi cahaya yang dihidupkan berdekatan dengan anda. Pada jarak yang ditetapkan, ia membolehkan mata dan kulit anda menyerap cahaya tersebut dalam jangka masa yang diperuntukkan.

Bagi terapi ini, adalah penting untuk menerima 10,000 lux pendedahan cahaya. Pada jarak yang betul, kotak cahaya yang berkualiti membenarkan pendedahan lebih daripada 30 minit.

Biasanya, anda harus berada dalam jarak satu kaki setengah hingga dua kaki dari peti cahaya untuk memperoleh manfaat yang paling maksimum. Elakkan memandang cahaya ini secara terus kerana boleh merosakkan mata.

Mesin cahaya ini mengeluarkan cahaya terang yang menyerupai cahaya matahari luar. Ia membantu meningkatkan penghasilan hormon melatonin, serotonin dan vitamin D dan kesan-kesan lain.

Kegunaan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terapi cahaya digunakan untuk merawat pelbagai jenis gangguan mental dan menjadi rawatan utama bagi kecelaruan afektif bermusim (SAD).

Tambahan daripada itu, terapi ini boleh juga digunakan untuk merawat:

  • Kecelaruan tidur
  • Kemurungan yang tidak berlaku secara bermusim
  • Lamban jet (jet lag)
  • Demensia
  • Menyesuaikan diri dengan jadual kerja malam

Kebaikan

Keberkesanan terapi cahaya untuk mengurangkan simptom-simptom SAD tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kesan positif terapi jenis ini kepada simptom-simptom berkaitan dengan kemurungan.

Sebagai contoh, satu analisis yang melibatkan 19 kajian melaporkan bahawa terapi cahaya berkesan dalam merawat kecelaruan afektif bermusim (SAD). [1]

Malah, kajian lain juga turut mendapati terapi cahaya turut berkesan sebagai rawatan tambahan kepada kemurungan bipolar dengan mengurangkan kemurungan. [2]

Risiko

Terapi cahaya secara umumnya adalah selamat. Sekiranya kesan sampingan berlaku, kesan-kesan tersebut biasanya ringan dan berlaku sekejap sahaja.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah:

  • Sakit kepala
  • Loya
  • Keletihan mata
  • Kerengsaan
  • Mania, euforia, hiperaktiviti atau agitasi berkaitan kecelaruan bipolar

Apabila kesan sampingan berlaku, ia mungkin hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari selepas memulakan terapi.

Anda juga mungkin boleh menguruskan kesan sampingan dengan mengurangkan masa rawatan, berada lebih jauh dari kotak cahaya, berehat semasa sesi yang panjang atau menukar masa terapi.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya kesan sampingan menjadi satu masalah buat anda.

Adakah Sesuai untuk Anda?

Sekiranya anda menghidap kecelaruan afektif bermusim (SAD), kecelaruan kemurungan lain atau masalah tidur, terapi jenis ini mungkin sesuai untuk anda di samping rawatan utama yang lain.

Dapatkan nasihat atau pandangan daripada doktor atau ahli profesional kesihatan mental berkenaan dengan penggunaan terapi jenis ini.

Sekiranya anda menghidap kecelaruan bipolar, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor atau ahli psikiatri terlebih dahulu kerana terapi jenis ini boleh mencetuskan mania.

Rujukan
  1. Pjrek, E., et al. (2020). The Efficacy of Light Therapy in the Treatment of Seasonal Affective Disorder: A Meta-Analysis of Randomized Controlled Trials. Psychotherapy and psychosomatics.
  2. Yorguner Kupeli, N. et al. (2018). Efficacy of bright light therapy in bipolar depression. Psychiatry research.
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Telegram WhatsApp Email

Comments are closed.

ARTIKEL TERKINI

5 Sifat Utama Personaliti Yang Anda Perlu Tahu

12/08/2022

Senarai Pusat Terapi Pertuturan Kanak-kanak di Malaysia

05/08/2022

Ciri-ciri Psikopat: Bagaimana Untuk Mengenali Seorang Psikopat?

26/07/2022
Facebook Twitter Pinterest Telegram RSS
  • Mengenai Kami
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Hubungi
  • Menjadi Penyumbang

Kandungan di laman sesawang KlinikMinda adalah untuk maklumat dan pendidikan sahaja. Laman sesawang kami tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.

© 2022 Mantik Media. Hak Cipta Terpelihara.
  • JiwaSihat
  • SihatAfiat

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.