Apa itu psikologi? Psikologi ialah kajian saintifik tentang minda dan tingkah laku. Ia merangkumi pengaruh biologi, tekanan sosial, dan faktor persekitaran yang mempengaruhi cara orang berfikir, bertindak dan merasa.
Bidang psikologi dianggap sebagai “pusat sains” dengan hubungan yang kuat dengan sains perubatan, sains sosial dan pendidikan.
Memperoleh pemahaman yang lebih banyak dan mendalam tentang psikologi boleh membantu seseorang itu mencapai pandangan tentang tindakan mereka sendiri serta pemahaman yang lebih baik tentang orang lain.
Jenis-jenis Psikologi
Psikologi adalah bidang yang luas dan pelbagai yang merangkumi kajian pemikiran manusia, tingkah laku, perkembangan, keperibadian, emosi, motivasi, dan banyak lagi.
Terdapat beberapa subbidang yang berbeza diwujudkan bagi memudahkan kajian dan mengkhususan dilakukan.
Berikut adalah beberapa bidang utama penyelidikan dan aplikasi dalam bidang psikologi:
- Psikologi abnormal: Psikologi abnormal ialah kajian tingkah laku abnormal dan psikopatologi. Bidang khusus ini tertumpu pada penyelidikan dan rawatan pelbagai gangguan mental dan dikaitkan dengan psikoterapi dan psikologi klinikal.
- Psikologi klinikal: Psikologi klinikal adalah bidang yang menumpukan pada penilaian, diagnosis, dan rawatan gangguan mental.
- Psikologi biologi: Psikologi biologi melibatkan kajian tentang bagaimana proses biologi mempengaruhi minda dan tingkah laku. Bidang ini berkait rapat dengan sains saraf dan menggunakan alat seperti imbasan MRI dan PET untuk melihat kecederaan otak atau keabnormalan otak.
- Psikologi kognitif: Bidang ini melibatkan kajian proses pemikiran manusia termasuk perhatian, ingatan, persepsi, membuat keputusan, penyelesaian masalah, dan pemerolehan bahasa.
- Psikologi perkembangan: Bidang yang mengkaji cara manusia berkembang dan berubah mengikut arus waktu. Bidang psikologi ini menumpukan perhatian terhadap proses-proses tumbesaran pralahir dan pascalahir serta kematangan tingkah laku.
- Psikologi perbandingan: Cabang ilmu psikologi yang mengkaji tingkah laku haiwan.
- Psikologi forensik: Bidang gunaan tertumpu kepada penggunaan penyelidikan dan prinsip psikologi dalam sistem perundangan dan jenayah.
- Psikologi personaliti: Bidang yang memberi tumpuan kepada pemahaman bagaimana keperibadian berkembang serta corak pemikiran, tingkah laku, dan ciri yang menjadikan setiap individu unik.
- Psikologi sosial: Bidang yang memfokuskan pada tingkah laku kumpulan, pengaruh sosial terhadap tingkah laku individu, sikap, prasangka, pematuhan, pencerobohan, dan topik yang berkaitan.
- Psikologi industri-organisasi: Bidang yang menggunakan penyelidikan psikologi untuk meningkatkan prestasi kerja dan memilih pekerja.
Kegunaan
Selain memahami apa itu psikologi dan jenis-jenisnya, adalah penting juga untuk anda memahami kegunaan bidang psikologi.
Psikologi paling banyak dan jelas digunakan dalam bidang kesihatan mental di mana ahli psikologi menggunakan prinsip, penyelidikan dan dapatan kajian untuk membantu pesakit mengurus dan mengatasi gejala tekanan mental dan penyakit psikologi.
Selain itu, psikologi turut berguna dalam aplikasi-aplikasi berikut:
- Rawatan kesihatan mental
- Meningkatkan prestasi
- Kajian psikologi
- Kesihatan dan kesejahteraan individu
- Memahami perkembangan kanak-kanak
- Pembentukan program pendidikan
- Pembentukan program sosial
Kesan Psikologi
Psikologi amat berguna kepada individu atau masyarakat.
Sebahagian besar psikologi ditumpukan kepada diagnosis dan rawatan isu kesihatan mental, tetapi itu hanyalah sebahagian kecil impak psikologi.
Beberapa cara psikologi menyumbang kepada individu dan masyarakat adalah:
- Meningkatkan produktiviti
- Meningkatkan pemahaman tentang tingkah laku seseorang
- Memahami faktor-faktor yang memberikan impak terhadap tingkah laku dan minda manusia
- Memahami isu-isu yang memberikan kesan terhadap kesihatan, kesejahteraan dan kehidupan harian
- Meningkatkan ergonomik untuk menambah baik reka bentuk produk
- Mewujudkan ruang kerja yang lebih selamat dan cekap
- Membantu memotivasikan orang ramai untuk mencapai matlamat mereka
Rujukan
- Cherry, K. (2022). What is Psychology? verywellmind
- The Ohio State University. What is Psychology?