Panduan

Apa itu Kesihatan Mental? Pengenalan Ringkas

Pinterest LinkedIn Tumblr

Kesihatan mental ialah keadaan kesejahteraan di mana setiap individu sedar akan keupayaan mereka, boleh berhadapan dengan tekanan hidup normal, boleh berkerja dengan produktif dan menyumbang kepada komunitinya (WHO).

Secara ringkasnya, kesihatan mental adalah kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Ia mempengaruhi bagaimana cara kita berfikir, rasa atau bertindak.

Kesihatan mental adalah penting di semua peringkat umur termasuklah ketika kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Masalah kesihatan mental boleh menyumbang kepada masalah kesihatan,pelanggaran hak asasi manusia, kematian pramatang dan kerugian ekonomi tempatan atau global.

kesihatan mental

Faktor yang Menyumbang Kepada Masalah Mental

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah mental. Kebiasaannya, ia melibatkan gabungan beberapa faktor yang membuatkannya agak rumit.

Berikut adalah beberapa contoh yang boleh menjadi faktor kepada masalah mental:

  • Penderaan sejak kecil yang menyebabkan trauma
  • Miskin atau belenggu hutang
  • Kehilangan orang yang tersayang
  • Tekanan kronik (berpanjangan)
  • Kehilangan pekerjaan atau tidak bekerja
  • Penyalahgunaan dadah atau arak
  • Stigma masyarakat
  • Dipulau oleh masyarakat atau kesunyian
  • Gelandangan atau masalah rumah
  • Sering dibuli
  • Keganasan rumah tangga
  • Mengalami trauma yang teruk semasa dewasa. Contohnya seperti mengalami insiden yang hampir meragut nyawa, menjadi mangsa jenayah, atau terlibat dalam peperangan (tentera).
  • Kecederaan di kepala
  • Akibat keturunan

Jenis-jenis Masalah Mental

Secara umumnya, dapat dikelaskan beberapa jenis kecelaruan atau masalah mental. Antaranya adalah seperti:

Tanda-tanda Awal

Terdapat beberapa tanda yang memungkinkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan mental. Sekiranya anda atau orang terdekat dengan anda mengalami gejala-gejala berikut, kemungkinan ia adalah pertama awal akan masalah mental.

  • Makan terlampau banyak atau sedikit
  • Banyak tidur atau kurang tidur
  • Mengelak dari berjumpa orang lain atau daripada aktiviti yang biasa dilakukan
  • Tidak bermaya atau tidak bertenaga
  • Rasa putus asa
  • Bergaduh dengan ahli keluarga dan kawan-kawan
  • Perubahan emosi yang teruk yang menyebabkan masalah dalam perhubungan
  • Mendengar bisikan suara atau percaya benda yang karut
  • Rasa ingin cederakan diri sendiri atau orang lain
  • Merokok atau minum arak lebih daripada biasa
  • Berasa keliru, marah, sedih, risau, takut dan lupa
  • Rasa sakit yang tidak diketahui punca

Apakah Tindakan Kita?

Masalah mental tidak seharusnya dipandang remeh oleh kita semua. Masyarakat kita masih lagi mempunyai tanggapan yang negatif terhadap mereka yang menghadapi masalah mental.

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2012. Peratusan golongan remaja yang mengalami kemurungan meningkat daripada 17.7% kepada 18.3% dan keresahan daripada 39.6% kepada 39.7%.

Laporan pada tahun 2018 pula menunjukkan 1 daripada 10 warga emas di Malaysia mengalami kemurungan. Warma emas wanita mengalami kemurungan yang lebih tinggi berbanding warga emas lelaki.

Data-data ini menunjukkan masalah mental semakin meningkat dan membimbang dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling amat diperlukan bagi mereka yang mengalami masalah ini. Jangan mendiskriminasi golongan ini dan bantulah mereka semampu mungkin.

Rujukan
  • WHO. 2018. Mental health: strengthening our response. [diakses pada 21 Julai 2020].
  • Tedros Adhanom Ghebreyesus. 2019. The WHO Special Initiative for Mental Health (2019-2023): Universal Health Coverage for Mental Health.
  • Mentalhealth. 2020. What is Mental Health? [diakses pada 21 Julai 2020].
  • Institute for Public Health (IPH) 2017. National Health and Morbidity Survey 2017 (NHMS 2017): Adolescent Mental Health (DASS-21).
  • Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. 2019. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2018: Elderly Health. Vol. II: Elderly Health Findings, 2018. 182 pages